Pelakon Zarina Anjoulie menemp3lak segelintir personaliti media sosial yang memakai pakaian menj0lok mata demi melariskan produk yang direviu.
Kata Zarina atau lebih popular dengan panggilan Anju, tiada guna untuk menarik perhatian netizen dengan berpakaian tidak sen0noh walhal produk yang ingin dijual tidak mendapat sambutan.
“Ada beberapa org cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka. Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak?
“Kau pakai s3ks1 kau kena h1na. Orang bayar bukan untuk kau l4curkan badan atau dikec4m,” tegasnya.
Kata Anju dia selesa dengan imej terkininya yang tidak bersolek atau mengenakan pakaian s3ks1 untuk membuat reviu produk pelanggannya.
“Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam pel4cur untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya!
“Mereka tak kisah kalau saya pakai plastik sampah sekali pun asalkan barang laku. Sebab itulah kontrak saya dapat disambung, sebab saya real,” tambahnya.
Dedah Anju, suaminya juga pernah menyatakan hasrat untuk melihatnya bertudung semula.
“Saya ada suami, dia nak saya pakai tudung, berjubah… Tapi belum sampai waktunya. Selagi boleh tutup saya tutup. Saya jenis orang yang ringkas dan tak pandai nak bergaya. Sebab itu juga suami saya suruh pakai kemeja-T besar kalau di rumah,” kata Anju.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak