Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kecantikan milik pasangan ibu anak ini. Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya Bachchan turut berkongsi bulan kelahiran yang sama seperti bekas ratu cantik tersebut iaitu November. Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya lahir pada 16 November 2011.
Bakal meniti usia 8 tahun tidak lama lagi, anak tunggal kepada pasangan selebriti ternama India ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik seperti ibunya malah dilahirkan dalam keluarga berada dan terkenal. Malah, kelibat Aaradhya juga sering kelihatan ketika menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun isteri aktor Abhishek Bachchan ini bijak mengenakan pakaian yang stailo dan sesuai untuk anak tersayang. Apatah lagi, sejak kacil lagi cucu Amitabh Bachchan ini juga sudah sering dibawa ke acara-acara hiburan.
Dek kerana sering melihat ibunya beraksi di depan lensa kamera, Aaradhya tidak kekok memberikan pose yang pelbagai. Dah namanya pun anak bekas ratu cantik, pasti ‘dar4h seni’ ibu dan ayah sudah sebati mengalir dalam diri anak kecil berkenaan.
Julai lalu, seluruh keluarga Bachchan dikejutkan dengan kes j4ngk1tan c0v1d-19. Sehari selepas Abhishek dan bapanya disahkan positif c0v1d-19, Aishwarya turut dilaporkan dij4ngk1ti v1rus sama. Tidak terkecuali, Aaradhya yang dilaporkan positif j4ngk1tan c0v1d-19. Bagaimanapun, kesemua mereka kini bebas daripada j4ngk1tan tersebut dan semakin pulih.
12 Oktober lepas, Aishwarya memuatnaik gambar terbaharunya di samping Aaradhya dan mentua, Amitabh Bachchan sempena ulang tahun kelahiran pelakon lagenda Bollywood itu yang ke-78 pada 11 Oktober. Ketiga-tiga mereka dilihat ceria dan sihat.
Mengintai Instagram Aishwarya, jelas menunjukkan aktres jelita ini bukan seorang selebriti yang obsess berkongsi rutin harian bersama peminat. Mula membuka akaun media sosial sejak tahun 2018, Aishwarya hanya membuat 237 posts namun popularitinya masih utuh dengan jumlah followers mencecah 9 juta! Pun begitu, dia hanya mengikuti seorang personaliti sahaja di IG iaitu suaminya sendiri, Abhishek Bachchan.
Kredit: Instagram Aishwarya Rai
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona