PELAKON Nia Ramadhani dalam satu kenyataannya mengakui berdepan dengan masalah yang sukar untuk ditangani iaitu bangun pada waktu pagi.
Menurut isteri kepada ahli perniagaan itu, dia memang mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dahulu lagi walaupun selepas berkahwin.
Biar menyedari kelakuan tersebut satu tabiat buruk, sikapnya langsung tidak menjadi masalah buat ibu dan bapa mertuanya.
“Ayah dan ibu Ardi menerima diri aku seadanya.
“Mungkin sebab mereka sudah melihat tabiat susah bangun pagi aku ini sukar untuk diubah, jadi mereka menerimanya dengan berlapang dada,” ujar Nia.
Tambah bintang filem Suster Ngesot itu, mertuanya juga tahu bahawa dirinya tidak pandai mengupas kulit buah-buahan.
Justeru mereka tidak menyuruh Nia untuk mengupas buah menggunakan pis4u kerana risau jari pelakon itu akan terced3ra.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo