Pelakon Alif Muhaimin mengakui dia kini sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang gadis yang dikenalinya sejak April lalu.
Menyifatkan hubungan yang berjalan ketika ini sebagai satu penguat semangatnya untuk mencari rezeki, Alif juga tidak menolak andai jodohnya sampai awal.
“Jujurnya saya memang tengah berkawan dengan seseorang. Kalau bercinta tu, mestilah mahu ke fasa yang lebih serius.
“Jadi memang mahu ke arah itu. Kalau nak difikirkan, usia saya pun sudah mencecah 26 tahun.
“Malah selain berlakon saya juga giat usahakan pernigaan kek batik untuk kumpul duit.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu selepas ini boleh untuk masuk meminang,” jelasnya.
Ditanya mengenai gadis yang kini bertakhta di hati, Juara Hero Remaja 2017 ini belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.
Sebaliknya, Alif memilih untuk bersikap ‘low-profil’ dalam menjalani sesebuah perhubungan.
“Dia bukan pelakon, cuma dia sering muat naik video TikTok dan agak dikenali menerusi platform tersebut.
“Kalau ada yang mengikuti saya di media sosial sejak dulu, agaknya mungkin sudah boleh teka. Pernah juga kami muat naik video bersama.
“Kami menjadi rapat sejak beberapa bulan lalu dan saya suka dengan sikapnya yang cukup mementingkan keluarga.
“Dia jaga ibunya dan tinggal bersama adik. Kagum memilihat kesungguhannya itu.
“Saya serius dalam hubungan ini, tapi apapun kita yang merancang tapi Dia yang menentukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alif kini sibuk di lokasi drama 70 episod, Angkara Cinta arahan Hadith Omar yang menampilkan Hun Haqeem dan Wanna Ali sebagai pelakon utamanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH