KUALA LUMPUR – UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya.
Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningkatan aliran tunai rakyat yang mampu menggalakkan pertumbuan ekonomi dalam keadaan negara berhadapan krisis pandemik cov1d-19.
UMNO diwakili Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Dr Asyraf dalam hantaran di laman Facebook berkata, pertemuan berlangsung di pejabat Tengku Zafrul dari jam 10 pagi dan berakhir kira-kira 11.45 pagi tadi.
“Beliau (Tengku Zafrul) kelihatan cukup positif dan memberikan jaminan untuk mengambil serius apa yang dibangkitkan kerana semuanya menyentuh soal realiti k3sempitan dan k3susahan rakyat ketika ini termasuk isu KWSP, lanjutan moratorium, pembuangan kerja dan belia menganggur,” katanya.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan Memorandum Suara Hati Rakyat yang diserahkan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya hari ini.
Antara 10 cadangan utama untuk memastikan peningkatan Aliran Tunai rakyat yang mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kala negara berhadapan dengan krisis Pandemik cov1d-19 termasuklah:
1. Lanjutan tempoh morotarium secara pukal untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-6 bulan lagi.
2.Meningkatkan geran reskilling kepada pekerja sektor pelancongan (perhotelan, penerbangan, dll) untuk membantu mendapat pekerjaaan sektor lain.
3. Yuran percuma kepada para pelajar Universiti Awam oleh kerana tiada sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus Universiti.
4. Bantuan Bulanan E-Wallet sebanyak RM50 sebulan selama 12 bulan kepada pelajar Universiti Awam dan Swasta untuk pembelian data telefon mudah alih bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian (on-line)
5. Bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu-bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021.
6. Melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hingga Disember 2021. Cash rebate sebanyak 30 peratus bagi peminjam PTPTN yang terus membayar pinjaman sepanjang w4b4k cov1d 19.
7. Melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp atau mana-mana agensi berkaitan untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS). Kerajaan disarankan untuk memberi bantuan geran RM 5000 kepada syarikat yang berkelayakan melalui Geran Khas Prihatin Perniagaan (GKP).
8. Insentif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan kepada syarikat yang menggaji graduan dan belia yang di ambil bekerja.
9. Memberi kebenaran untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5000
10. Bayaran khas bulanan kepada Penjawat Awam Barisan Hadapan (frontliners) sehingga berakhirnya pendamik cov1d-19 atau berada di tahap minimum. – MalaysiaGazette
Artikel Berkaitan,
Belanjawan 2021: Tingkat peluang pekerjaan untuk graduan, anak muda
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada peningkatan peluang pekerjaan terutama untuk graduan dan anak muda yang berdepan pengangguran susulan penularan cov1d-19 di negara ini, dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat depan.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Mursyid Arshad berkata, golongan itu antara kelompok yang terk3san dengan hampir 40 peratus tenaga buruh di Malaysia adalah belia berusia 15 hingga 30 tahun.
“Jika dilihat setiap tahun, sekitar 200,000 graduan yang dihasilkan daripada institusi pengajian tinggi di negara ini dan hampir 300,000 graduan dalam dan luar negara menantikan peluang pekerjaan di Malaysia.
“Berdasarkan dapatan kajian tinjauan yang dilakukan terhadap golongan belia oleh pasukan penyelidik UPM baru-baru ini, mendapati mereka inginkan pekerjaan dan sumber pendapatan tetap dan mendambakan gaji setimpal dan berpadanan dengan kelayakan,” katanya kepada Bernama.
Namun, beliau berkata, dengan peluang pekerjaan yang terhad akibat penyusutan beberapa sektor ekonomi susulan cov1d-19, golongan belia bimbang akan pengangguran dengan hampir 544,500 belia dikatakan masih menganggur pada Julai lalu.
Justeru, Mohd Mursyid mencadangkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan berorientasikan pendigitalan yang secara tidak langsung membolehkan golongan belia dan mereka yang hilang pekerjaan tidak lagi bergantung kepada pekerjaan ‘makan gaji’ semata-mata.
“Penjanaan pendapatan melalui Ekonomi Gig (Gig Economy) adalah ruang yang berpotensi besar dalam suasana pendigitalan pada hari ini dan golongan belia disaran untuk merebut peluang sebaik-baiknya dan memanfaatkan insentif yang disediakan oleh kerajaan melalui program myGIG Belia.
“Namun, Belanjawan 2021 juga perlu memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur jalur lebar secara lebih agresif kerana sektor pekerjaan dan pendidikan kini sangat bergantung kepada jalur lebar tetapi masih terdapat ‘blind spot’ di kawasan dalam bandar yang mengalami masalah Internet apatah lagi bagi kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.
Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan memperbanyakkan hab keusahawanan dalam melatih belia supaya mahir dalam perniagaan dan mampu menghasilkan golongan berdaya tahan, di samping menyediakan program pembangunan kompetensi belia.
Program seumpama itu, beliau berkata, perlu menekankan aspek pembangunan kemahiran baharu (upskilling), memperkasa kemahiran belia sedia ada (reskilling) dan menyilangkan belia dengan kemahiran lain (cross-skilling) supaya mampu melaksana kepelbagaian tugas agar selari dengan keperluan semasa ketika berdepan dengan situasi pandemik cov1d-19 yang kian mencabar.
“Kerajaan juga disaran meneruskan insentif ‘Place and Train’ melalui program latihan perantisan dengan menggalakkan lebih banyak pemain industri terutamanya syarikat korporat dalam menyediakan latihan, pengalaman dan peluang pekerjaan kepada graduan dan individu yang kehilangan pekerjaan.
“Peluang kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan pemain industri perlu disemarakkan secara berterusan agar graduan yang dihasilkan sepadan dengan keperluan industri pada masa kini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://transformasi.pw/