Oktober lalu, majlis perkahwinan lelaki warga emas, Abah Sarna, 80, dengan Noni, 17, viral di media sosial kerana perbezaan umur yang agar jauh. Apatah lagi hantaran yang diberikan oleh Abah menggunakan dua buah lori ‘pikap’ sudah cukup membuatkan netizen di seberang ternganga.
Tetapi perkahwinan pasangan itu dilaporkan tidak bertahan lama apabila Abah telah menjatuhkan talak kepada Noni pada 30 Oktober 2020, di mana usia perhubungan mereka baru saja 21 hari atau tiga minggu.
Setakat ini, belum diketahui apa punca sebenar Abah mencer4ikan Noni, tetapi apa yang pasti seluruh hantaran yang diberikan kepada Noni termasuk motosikal, mesin basuh baru, almari baru, emas 11 gram, perabot tidak dapat dituntut semula.
Menurut sumber, Abah menjatuhkan talak itu disaksikan sendiri oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak. Percer4ian itu berlaku kerana ada saudara dari sebelah pihak Abah yang tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.
Keluarga Abah tidak setuju dengan perkahwinan itu kerana tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan Abah dengan gadis berusia 17 tahun. Lalu mereka meminta Abah mencer4ikan saja gadis berkenaan.
Sumber: Agensi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : thereporter.my