Ramai Tidak Tahu Berapa Gaji Sebenar Pembantu Rumah Filipina Di Malaysia. Lelaki Ini Dedahkan Segalanya

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Kerjaya sebagai pembantu rumah atau istilah mudahnya ‘orang gaji’ mungkin bukan jadi pilihan atau kebiasaan sebahagian besar orang kita.

Kerja yang berat, berhadapan keadaan kot0r, perlu mematuhi semua kehendak tuan rumah dan sebagainya adalah cabaran utama bidang kerjaya ini.

Bagaimanapun, bagi orang luar misalnya dari Filipina dan Indonesia, kebanyakan mereka sanggup berhijrah ke negara ini semata-mata untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Mungkin faktor bayaran yang lumayan menjadi asbab mereka ‘sanggup’ ke sini.

Tahukah anda, antara pekerjaan yang sedang mendapat permintaan tinggi serta taraf gaji yang lumayan hari ini adalah pembantu rumah daripada warga Filipina.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Amir Zain di Facebooknya hari ini seperti di bawah ini.

Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah.

On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina.

Mengikut dapatan, mereka mempunyai track record cemerlang (komunikasi, profesionalism, patuh, attitude dan lain-lain).

Kebanyakan mereka beragama Kristian. Mereka wajib diberi satu hari cuti setiap minggu.

Tentang gaji mereka pula, untuk yang sudah berada di Malaysia, gaji mereka ialah RM3,000 – RM3,500 (waived kos permit).

Tinggi betul gaji.

Ini bukan main-main. Gaji ini still on-demand dan ada majikan yang nak hire.

Dengan benchmark baru ini, masih tak ada sumber manusia tempatan ke? RM3,000 bersih kot.

Saya percaya suatu hari nanti kita boleh tukar landskap kerja pembantu rumah ini ada KWSP, SOCSO, medical coverage etc.

“Gaji graduan kita sudah tidak relevan lagi..”

Sementara itu, seorang warga Twitter, Khairul Azri turut mengulas pandangannya berkenaan isu yang diketengahkan Amir Zain ini.

Katanya dalam ciapan di Twitter, dia berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia ‘cuba’ menceburi bidang kerja ini secara lebih serius.

Kata Khairul, salah satu faktor yang mempengaruhi keperluan sumber tenaga tempatan ini adalah berkaitan dengan soal gaji pekerja.

Jelasnya lagi, gaji minimum yang ditetapkan kerajaan kepada graduan-graduan baharu yang baru memulakan dunia kerjaya sudah tidak lagi relevan.

Sehubungan itu, beberapa netizen lain turut memberikan komentar, ulasan dan pandangan masing-masing berkenaan isu ini.

MINTA GAJI RM3000

Kredit : Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/