Permaisuri Ganti Motor Kena Curi

Semalam viral pasal seorang wanita yang merupakan rider kepada foodpanda sed1h apabila motosikal yang digunakannya untuk mencari rezeki hil-ang. Kejadian dikatakan berlaku di Giant Batu Caves, Selangor pada pukul 2 petang. Kurang ajar punya penc-uri!

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut meletakkan motosikalnya sebelum mengambil makanan untuk dihantar ke pelanggan. Semasa nak pergi semula ke tempat parking, motosikal Yamaha 135LC miliknya sudah hi-lang.

Pihak p0lis telah menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 3 petang semalam dan kini, mereka sedang mengesan saksi dan rakaman CCTV di tempat kejadian kata Ketua p0lis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Kesian dekat adik ni tengah penat cari rezeki, tahu-tahu motor hi-lang. Semoga motor milik adik akan dijumpai dan diserahkan dalam keadaan yang sama.

Dapat Motor Baru

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor. Alhamdulillah

Sumber: Selangor Royal Office

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa mu-sibah apabila motosikalnya dicu-ri ketika melakukan penghantaran makanan di Batu Caves, kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sed1h dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib m4lang menimpa Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan Juruiring p0lis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang menanggung keluarga hasil pendapatan sebagai penghantar makanan adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama ibunya di Batu Caves.

Menurut kenyataan itu, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Baginda berharap ketika semua diuji dengan pelbagai dugaan, masyarakat lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : trendingsangat.pw via MediaViral