Apabila disebut tentang pasangan, pasti ramai menginginkan teman hidup yang memiliki wajah tampan atau cantik, baik hati, penyayang dan sebagainya. Ramai juga yang mengaku bahawa faktor tarikan utama adalah daripada wajah mereka seperti mata, hidung dan lain-lain.
Namun begitu, lain pula yang jadi dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Instagram iaitu @supkelawar. Menerusi video tersebut, terdapat seorang bayi perempuan yang turut memiliki sifat sama iaitu suka melihat jejaka tampan dan sado.
Video DiBawah:
Jika diperhatikan terhadap video itu, kanak-kanak terbabit telah melihat seorang lelaki yang kebetulan sedang berjoging di taman rekreasi tersebut. Lebih melucukan apabila dia telah memandang jejaka tersebut dengan menoleh kebelakang.
Ternyata, situasi tersebut telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat bayi terbabit. Tidak kurang juga ada yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan akaun berkenaan.
Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 222.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram berkenaan.
“wuishhh…kecik2..lagi dah pandai usya2..😂😂😂 dah besar nnti cane la kan…..🤔🤔😂
“Memang gitu jak kecik dulu…”
“Nasib dia tengok je…”
“Macam dalam cerita Shin Chan. Adik Shin chan tu..”
“Laju adik buat kerja. Biasa dia ni. Comel”.
Kredit: Himpunan Cerita Lawak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://mykmu.net/