Hati siapa yang tidak ‘panas’ apabila duit dikeluarkan tetapi hasil tiada. Awal Ashaari, selebriti yang cukup dikenali telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada syarikat kontraktor pengubahsuaian rumah di Instagram Story miliknya.
Menerusi perkongsiannya, syarikat tersebut telah dibayar wang pendahuluan sebanyak RM100,000 tetapi hasil yang diberikan ala kadar dan tidak memuaskan hati.
Lantaran perkongsiannya, syarikat tersebut mendakwa Awal memf1tn4h dan cuba untuk memburvk-burvkkan nama syarikat itu. Oleh itu, Awal mendesak agar pihak syarikat bersemuka dengannya kerana memiliki segala bukti membabitkan sebut harga, maklumat pembayaran, kiriman e-mel dan perbualan WhatsApp dengan kontraktor syarikat itu berhubung kerja-kerja mereka yang tidak memuaskan hatinya.
Ujarnya, beliau menerusi peguam Azlan Razak & Associates sudah menghubungi pihak terbabit sejak September dan Oktober lalu untuk berbincang perkara ini. Setiap kali nak berjumpa dan bermesyuarat, dia akan batalkan pada saat akhir sehinggalah terus hilang tanpa khabar berita.
Menurut Awal, beliau mahu tuntut semula wang kerana terpaksa melantik kontraktor lain untuk buat semula apabila pihak syarikat tersebut tidak buat kerja dan menanggung kerugian berganda.
Jika tidak memberikan kerjasama daripada pihak berkenaan, Awal tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/