Wanita Ini Ded4hkan Tugas Sebenar JASA Untuk Negara

Baru-baru ini, penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendapat reaksi berbaur di kalangan ahli politik selepas kerajaan Pakatan Nasional (PN) mengumumkan peruntukkan RM85.5 juta dalam Belanjawan 2021 bagi menghidupkan semula jabatan itu selepas ditamatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Dalam belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, jabatan itu akan menerima peruntukan di di bawah belanjawan komunikasi strategik sebanyak RM4 juta dan peruntukkan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Malah suara netizen turut mempertikaikan kepentingan jabatan ini sehingga mendapat peruntukan yang besar pada pengumuman sesi Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Sementara itu di Twitter, seorang wanita telah mendedahkan apa sebenarnya fungsi JASA menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk kita fahami. Anda boleh baca melalui tweet di bawah:

Menurutnya, JASA sudah ada sekitar tahun 60-an dan sehingga kini merupakan salah satu komponen penting dalam memastikan hala tuju dan strategi politik peneraju negara.

Malah pekerja JASA juga turut memainkan peranan untuk mendapatkan respon rakyat yang kemudiannya akan dilaporkan kepada Yang Berhormat namun sebarang tindakan daripada laporan tersebut adalah terletak pada YB itu sendiri.

Apa pun, sama-samalah kita berharap agar masa depan negara kita sentiasa berdiri teguh tanpa perlu dimonopoli oleh mana-mana pihak dari luar.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop