Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie mengesahkan bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,52, ketika dihubungi Gempak berkata, kandungan isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin,33, kini sudah memasuki usia tujuh bulan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja.
“Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.
Tambah Awie lagi, mengikut jangkaan doktor anak sulung mereka itu akan dilahirkan pada tahun hadapan.
“Semoga segalanya dirahm4ti dan dilindungi Allah SWT,” ujarnya.
Berita gembira tersebut turut dikongsi isteri vokalis Wings tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada malam Rabu.
Menerusi video tersebut Awie menemani isterinya untuk membuat pemeriksaan rutin ibu ham1il di sebuah h0sp1tal swasta di Ampang.
“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya merujuk kepada Pakar Obstetrik dan Pakar Sak1it Puan h0sp1tal Ampang Puteri, Dr. Fauziah Hj Mohd Hasan.
Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand.
Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.
Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006.
Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : GEMPAK
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: