“Terpulang Pada Presiden Parti” – Hans Isaac Bakal Bertanding PRU15?

Pelakon dan pengarah terkenal Datuk Hans Isaac tidak menolak untuk bertanding kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pemecatan wakil rakyatnya, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin. 

Hans yang juga merupakan ahli PKR berkata dia menyerahkan keputusan terbabit kepada parti dan masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya. 

“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang.

“Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya kepada Astro Awani. 

Menurutnya lagi, pasukannya yang dikenali “Kita Budak Ampang” memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat di situ dan mereka menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.

Bagaimanapun, tambahnya, politik arus perdana Malaysia memerlvk4n barisan pemimpinan baharu kerana ia seolah-olah didominasikan oleh ramai ahli politik yang lebih berusia.

“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.

“Kita memerlvk4n perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.

“Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” jelasnya.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Ampang merupakan kubu kuat PKR sejak PRU ke-12 pada 2008.

Sumber: Astro Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak