Bos AirAsia jual rumah agam di Scotland

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menjual hartanahnya di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).

Memetik laporan Berita Harian, hartanah itu menempatkan rumah agamnya di kawasan seluas 50.6 hektar.

Penjualan hartanah itu dipercayai untuk menyelamatkan empayar perniagaannya yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Tony, 56, yang juga pengerusi Queens Park Rangers pernah bermastautin di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.

Hartanah lima bilik itu dilengkapi bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Tony memiliki QPR untuk dua tempoh berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar