“Saya sanggup lakukan apa saja demi untuk dapatkan…” – Fatin Afeefa

Fatin Afeefa membuktikan dia bukan hanya pelakon yang sering di kelilingi kontrov3rsi, tetapi merupakan seorang pelakon yang seharusnya diambil serius dalam bidang lakonan.

Mempunyai raut wajah yang jelita, Fatin Afeefa mengakui dia gembira bila mendapat tawaran lakonan yang lain daripada kebiasaan.

“Fatin nak orang tengok yang Fatin mampu bawa watak yang berbeza dan bukan setakat watak-watak biasa.

“Kepercayaan yang diberikan oleh pengarahnya Feroz Kader untuk Fatin sangat dihargai. Biarpun susah, Fatin beri sebaik mungkin untuk menunaikan watak yang diberikan,” kata Fatin ketika dihubungi Gempak.

“Saya sanggup jilat lantai supaya nampak real dalam lakonan tu” Fatin Afeefa

Melalui telefilem Kisah Ser4m h0spit4l, Fatin melalvk4n pelbagai perkara yang mungkin di luar dugaan.

“Saya sanggup jil4t lantai supaya lakonan saya nampak real dan tidak menggunakan CGI. Walaupun banyak kali juga saya tanya mereka sama ada dah lap dan cuci lantai ke belum,” kata Fatin sambil ketawa kecil.

Namun menurut Fatin, perkara itu masih dianggap kecil berbanding dengan babak di mana dia harus memakan paru yang sudah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk menampakkannya lebih seperti realiti.

“Bayangkan Fatin terpaksa makan paru yang besar tu dan dah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk nampak real. Kena nampak Fatin betul-betul gigit dan kunyah. Masa tu betul-betul rasa nak munt4h, tapi Fatin tahankan.

“Habis scene tersebut terus muntah. Balik rumah, berus gigi sekuat mungkin tapi masih lagi terasa apa yang dibuat ketika penggambaran,” kata Fatin mengingat kembali.

Dia juga bersyukur kerana digandingkan dengan pelakon seperti Fattah Amin dan Shahrol Kamal dan diarahkan oleh Feroz Kader.

“Walaupun belum pernah berganding dengan Fattah dan Shahrol, tetapi sifat saling bantu membantu dan sering berbincang membuatkan keadaan di set sangat baik.

“Ditambah pula dengan pengarah Feroz Kader yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sabar membuatkan energy di tempat penggambaran sangat best dan happy untuk bekerja,” kata Fatin yang tidak menolak jika berpeluang lagi untuk berlakon di bawah arahan Feroz Kader.

Telefilem Kisah ser4m h0spit4l bakal ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD pada hari Sabtu, 3hb Oktober, pukul 9:00 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : Gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: