“2 bulan tak berani nak ambik gaji dari company sendiri sejak PKPB..”- Alleyusof Meluahkan berkenaan perniagaan floristnya semenjak kr1sis Cov1d 19

Ramai yang sudah j4tuh bangun dalam melalui kr1sis c0v1d 19 ini. Ada orang yang kehilangan pekerjaan dan ada juga yang bisnesnya rugi tervk sebab pelanggan yang makin berkurangan.

Pun begitu, luahan seorang bos bernama Alleyusof berkenaan perniagaan floristnya baru-baru ini telah meny3ntuh hati seorang bekas pekerja. 

Menerusi perkongsian Alleyusof yang dikongsikan semula oleh bekas pekerja tersebut di Twitter, perniagaannya baru-baru ini telah dil4nda dug4an dek kerana c0v1d 19.

Disebabkan hal tersebut, Alley tidak mengambil sebarang gaji dari company sendiri selama dua bulan kerana ingin menyelesaikan bayaran gaji pekerja dan lain-lain. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ALI SETAN (@alleyusoff)

Malah apa yang menariknya tentang Alley ni ialah dia ada buat kempen ‘Spread The Happiness’ untuk beri free 100 jambang bunga kepada mereka yang dilanda macam-macam masalah ketika c0v1d 19 melanda.

Ini antara apa yang diceritakannya:

Covid-19, dugaan demi dugaan. 2 bulan tak berani nak ambik gaji dari company sendiri sejak PKPB sbb nak settlekan kos overhead. Kadang tengok staff makan sedap, kita tahan je perut. Muka nampak senyum, hati koyak beb.

Itulah kehidupan dah macam berjudi, tak semua rasa kebahagiaan. Aku tetap chill jatuh bangun, pahit manis telan je semua. Rezeki dari Allah tu sangat luas. Man Jadda Wa jada.

Idea ni sebenarnya aku dpt dari homeless dekat Jalan Tar. Sambil lalu, sambil tu mata memandang. Berat ujian yang dorang pikul, beralaskan kotak asal nampak selesa situlah port. Sedangkan kita, atas tilam empuk tiap malam sambil scroll instagram.

Terlintas aku nk buat campaign SPREAD THE HAPPINESS. Asalnya, buat untuk marketing plan. Aku dpt lebih 500 DM gak la dekat IG, (padahal nak bagi free 100 bouquet flowers je) sambil dapat DM satu2 aku baca ada yg cerita tentang masalah stress onl class, depress, kena buang kerja, apply kerja 10 company 1 pun tak dpt, and mcm2 lg lah.

Paling tersentuh hati aku, bini mintak cerai. Dia kerja grab rider, pernah satu hari dr pukul 9pg dia start kerja kul 5ptg baru dpt order since grab rider dh terlampau ramai. Aku rasa dia mmg dh tkde tmpat nak mengadu kot (and mungkin dia ingat aku perempuan) sbb tak dpt nk bg nafkah kt bini dia sejak dia kena buang kerja. Susah kita, ada yg lagi susah kan.

Mungkin Allah nak uji aku untuk membantu antara satu sama lain walaupun bersedekah bukan dgn duit, tp aku rasa membahagiakan seseorang itu juga adalah sedekah. Time tu dlm kepala otak aku niat nak kongsi rezeki dgn apa yang aku ada. Tp benda ni serupa kau bagi something, orang happy.

Gubah bunga ni pakai tenaga sendiri, bukan pakai mesin yg kau tekan button start terus siap. Aku cuba wei nak SPREAD THE HAPPINESS tu dkt semua org.

Tbh, 100% gubahan bunga dekat @rovtea semua hasil tangan aku sendiri. Aku takut tak mampu je nak hadap. 307 orang order, sejujurnya aku langsung takde untung. Itu semua ats niat Charity For Happiness.

Dalam tangisan ada kebahagiaan. The best feeling of happiness is when you are happy because you’ve made somebody else happy. Doakan aku dimurahkan rezeki. InshaaAllah.

#CharityForHappiness #HappinessForAll

“Meh aku spread your goodness sepanjang dia jaga aku masa aku jadi staff dia” 

Ters3ntuh dengan luahan bekas bosnya itu, bekas pekerja bernama Ocin ini ‘spill the tea’ mengenai kebaikan bosnya pulak.

Menurut Ocin, selama setahun lebih dia bekerja dengan Alleyusof, lelaki tersebut digambarkan sebagai seorang bos yang sangat kuat bekerja dan terlalu baik hati. Kadangkala sampai dipij4k orang lain.

Malah Alley jugak katanya kerap belanja pekerjanya makan breakfast dan lunch pada hari Jumaat. Allahu bertuah ada bos baik macam ni ye. 

“Dulu minggu pertama aku kerja tiap-tiap hari lewat… dia langsung tak marah cuma dia pesan…” 

Walaupun kini Ocin tidak lagi bekerja dengan Alleyusof, bek4s bosnya itu tetap tak lost contact dengannya dan siap sponsor team futsal lagi tu. Untunglah! 

“Bos baik adalah untuk pekerja yang baik” 

Perkongsian tersebut mendapat respon positif netizen sehingga ada yang ingin menjadikan inspirasi. Diharap lelaki ini terus berjaya dalam perniagaannya kerana menjadi bos yang baik untuk pekerjanya.

Betullah kata orang, kadang-kadang pekerjaan kita tu susah. Tapi kalau ada bos yang baik dan memahami kita, nescaya yang susah pun jadi senang. Sebab tu lah gaji sikit pun sanggup bertahan lama dekat company tu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : LobakMerah