Pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar ingin berkongsi rasa bahagia dan bersyukur menanti kehadiran cahaya mata dengan menaja dua pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Menerusi laman sosial Instagram, Irwanyah berkongsi program ‘bayi tabung bersama Syahki’ hasil kolaborasi klinik Morula Jakarta dan Bandung untuk mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
View this post on Instagram
“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,” kata Zaskia Sungkar kepada Fimela ketika sesi sidang media virtual pada Rabu.
Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.
September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan h4mil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.
View this post on Instagram
Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak