Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof menafikan dakwaan segelintir pengikut yang menyatakan suaminya memandu dalam keadaan laju.
Hal itu lantaran pasangan suami isteri yang menikah pada 21 September tahun lalu ini terbabit dalam sebuah ‘kem4lang4n kecil’ iaitu tayar kereta yang dipandu Sufi pecah di PLUS selepas selesai menghantar tempahan pelanggan (COD).
Nurulain sebelum ini ada memuat naik video keadaan tayar kereta mereka yang pecah ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru pada Ahad malam.
Jelasnya, ketika kejadian berlaku mereka baru melalui tol Kulai, Johor.
“Orang anggap kitorang speeding sebab tu tayar pecah tapi bukan sebab speeding.
“Tayar pecah selepas 15 minit keluar tol Kulai. Dan Sufi tak speed pun, lagipun hujan semalam.
“Benda ni jadi cepat gila, masa dengar bunyi tayar pecah tu, kereta dah bergegar dah.
“Sufi cuba untuk pergi kiri. Tayar pecah belah kanan depan, jadi Sufi struggle untuk tahan steering ke kiri. Kalau tak kuat nak tahan ke kiri, taktahu nak jadi apa.
“So stop assuming! Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni tamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Nurulain menyatakan dia dan Sufi berada dalam keadaan sihat.
“Kita okay guys! Ya Allah nasib baik tak terlanggar apa-apa,” tulisnya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak