[VIDEO]’Freshly Out’- Dr Sheikh Muszaphar kongsi video bayi kemb4r sepasang

“SUDAH dua hari kami berada di h0sp1tal dan kami cuba menyentuh kulit kembar sebanyak mungkin kerana ini adalah masa kritikal merangsang perkembangan deria suara dan sentuhan kita.”

Begitulah perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi posting itu, beliau turut berkongsi video pasangan kembar itu selepas beberapa minit baru dilahirkan (20 November 2020) dan masih disaluti dengan vernix yang berkapsyen Freshly Out.

“(Vernix) itulah yang memberikan bau yang menyenangkan kepada semua bayi yang baru dilahirkan.

“Sebilangan besar bapa tidak terbabit sama dalam masa berharga ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pasangan.

“Seharusnya si bapa ada pada masa berharga ketika ini seperti memujuk, menukar lampin dan pelbagai lagi supaya anak merasakan kehadiran orang tersayang serta akan memberi manfaat pada masa jangka panjang,” tulisnya.

Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar turut meminta cadangan daripada pengikut Instagramnya untuk memberikan nama yang mempunyai pangkal abjad yang sama.

Jumaat lalu, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri telah menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua. Bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi (lelaki, 2.26 kg) dan 9.48 pagi (perempuan, 2.17 kg)di Pusat Perub4tan Sunway.

Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar