Ini 3 Fakta Perg4duhan Kajol & Rani Mukerji Yang Tidak Diketahui Peminat

Dalam dunia Bollywood, terdapat banyak rahsia di kalangan artis yang masih belum diketahui oleh ramai orang. Antara yang menarik perhatian Murai MY adalah kisah hubungan misteri aktres jelita Kajol dan Rani Mukerji.

Dilaporkan oleh freepressjournal.in, kisah hubungan pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini paling terkenal di India. Ini kerana hubungan mereka berdua masih menjadi tanda tanya, samada mereka masih berg4duh ataupun sudah berdamai.

Berikut 3 fakta mengenai hubungan dingin mereka berdua sepanjang bergelar anak seni.

 1.Tidak Bercakap Sepanjang Penggambaran Filem Kuch Kuch Hota Hai

Kajol dan Rani adalah dua pupu. Kajol merupakan anak kepada Tanuja dan Shomu Mukerji sedangkan Rani adalah anak kepada Ram Mukerji dan Krishna Mukerji. Ram dan Shomu adalah sepupu.

Kajol memulai debutnya dengan filem Bekhudi pada tahun 1992, sementara, Rani memasuki industri filem dengan Raja Ki Aayegi Baraat tahun 1997. Filem pertama Rani gagal memasuki box office, tetapi Rani mula dikenali selepas kemunculannya sebagai Tina di filem Shah Rukh Khan dan Kajol, Kuch Kuch Hota Hai.

Kuch Kuch Hota Hai ternyata menjadi titik permulaan karier Rani Mukerji. Pada saat itu Kajol adalah bintang besar di industri filem. Meskipun berasal dari keluarga yang sama, Kajol dan Rani Mukerji dilaporkan tidak mesra selama penggambaran filem Kuch Kuch Hota Hai. Namun, jika  keduanya ditanyai tentang hal yang sama, mereka selalu menafikan.

2. Heboh di Koffee With Karan

Dalam sebuah acara popular, Koffee With Karan musim 2, Karan Johar mengundang Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji pada masa yang sama. Ketika dia bertanya mengenai hubungan mereka, Kajol mengatakan bahawa mereka baik-baik saja antara satu sama lain. Rani juga menambah bahawa dia lebih rapat dengan adik perempuan Kajol, Tanishaa, daripada Kajol.

Tetapi kejadian mengejutkan berlaku di Koffee With Karan musim 3. Pada masa itu Karan Johar bertanya kepada Rani tentang satu perkara yang ingin dia tanyakan kepada Kajol. Rani terus terang berkata, “Mengapa kamu tidak menyukai saya?” Jawapan ini segera mengejutkan Karan Johar dan penonton.

3. Tidak Undang Ke Pernikahan

Pada tahun 2012, suami Kajol dan suami Rani, Ajay Devgan dan Aditya Chopra telah menambah kehangatan per4ng dingin mereka. Nampaknya filem Ajay Devgn berjudul Son of Sardaar dan filem Yash Chopra berjudul Jab Tak Hai Jaan dirilis pada hari yang sama.

Kerana pertembungan di box office, Ajay dilaporkan telah menvduh Aditya mengambil lebih banyak tayangan untuk JTHJ daripada SOS. Sejak itu, Kajol dan Rani lebih gemar tidak bersemuka antara satu sama lain. Anehnya, Rani tidak mengundang Kajol untuk perkahwinannya pada tahun 2014.

Bertahun-tahun kemudian, Kajol dan Rani menyelesaikan masalah mereka dan mengejutkan semua orang ketika merayakan ulangtahun yang ke-20 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai. Apa yang menarik, Rani memanggil Kajol ke atas pentas dan mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokongnya semasa penggambaran filem Kuch Kuch Hota Hai.

Semoga kalian berdua terus berdamai Kajol dan Rani Mukerji!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my