[VIDEO] “Contoh suami yang baik, sentiasa hargai isteri sebab itulah rezeki sentiasa melimpah”

SETIAP pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga yang bahagia hingga hujung nyawa.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkau beberapa tahun, namun setiap pasangan haruslah berusaha untuk membahagiakan istana terindah masing-masing.

Seperti semalam tular di laman sosial apabila seorang usahawan yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi video romantik beliau dan isteri menyambut ulang tahun perkahwinan.

Video berdurasi 1 minit 55 saat itu menjadi tumpuan warganet di laman Instagram dan telah mendapat 1,630,122 tontonan sehingga kini sejak dimuat naik semalam.

Menurutnya, pada awal dia sengaja membuatkan isteri kecewa dengan ‘berlakon’ melupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun, pada jam 4.30 pagi semalam, dia mengejutkan isteri yang sedang tidur dan mengajak keluar untuk sarapan pagi.

Rupa-rupanya, Hafiz telah membuat satu rancangan yang amat mengejutkan! Menaiki belon panas dengan suasana yang sangat romantik.

“Hari ini, abang tak ada beli hadiah. Abang tau awak mungkin mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ini, abang nak bagi awak satu kenangan yang tidak boleh dibeli dengan nilai apa pun.

“Kita naik ke atas bersama dan lihat pemandangan dari atas. Dalam waktu hati kita saling merindui, kita nampak impian kita pada masa depan. Impian abang adalah Ainaa, mengangkat darjat seorang wanita untuk berjaya dunia akhirat dan pastikan orang di sebalik nama awak itu mencapai ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’.

“Terima kasih kerana menjadi wanita dan ibu yang baik kepada abang serta anak,” tulisnya.

[VIDEO] "Contoh suami yang baik, sentiasa hargai isteri sebab itulah rezeki sentiasa melimpah"

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet ucapkan tahniah atas ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan pasangan bak merpati dua sejoli itu.

Ismi Maizura Hafiz – Ni contoh suami yang baik… Sentiasa menghargai isterinya sebab itulah rezeki dia sentiasa melimpah. Happy anniversary both of you. Love sangat tengok suami isteri yang sweet romantik macam ni.

nayliintan – You’re so lucky kak Aina. Abang Hafiz go on dengan apa yang dilakukan sekarang ni. Happy Anniversarry!

umminadiaaa – Setiap tahun cipta kelainan dalam setiap memori. Happy Annivesary Hafiz dan Aina.

putriantsha – Untungnya seorang wanita dapat lelaki yang menghargainya dari zaman kenal sampai la zaman kawin still tak berubah.

syamimisallim – Paling sweet ya Allah. Doakan aku dapat suami camni gak uhuks.

rahmah_mahadi01 – Ya Allah bagusnye abang Hafiz… Semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan always bahagiakan orang tersayang.

Untungnya si isteri! Semoga korang berbahagia hingga akhir hayat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar