Wow! Pengembala Lembu Ini Dinobatkan Gelaran Miss Vietnam 2020

Ðo Thi Hà, anak perempuan seorang petani dari luar bandar berusia 19 tahun, baru-baru ini mengalahkan 34 calon lain untuk merebut gelaran Ratu Cantik Vietnam 2020 atau Miss Vietnam 2020.

Dengan memiliki ketinggian 172 cm, wanita cantik ini pasti menjadi kebanggaan seluruh kampung halamannya di Thanh Hoa, wilayah utara-tengah selepas dinobatkan dengan gelaran itu pada malam Jumaat yang lalu.

Foto: tuoitrenews.vn

Dilaporkan oleh Angelopedia. Ðo Thi Hà adalah pelajar tahun kedua di Universiti Ekonomi Nasional yang bekerja dalam bidang fesyen. Dia juga bekerja sebagai pengembala lembu di kampung halamannya.

Ðo Thi Hà sangat aktif dan rajin, mahu menjana wang dengan keringat dan usaha dan sangat teruja untuk mewakili Vietnam di pentas Miss World 2020.

Foto: tuoitrenews.vn

Semasa pertandingan, Ðo Thi Hà diajukan soalan “Jika anda menjadi Miss Vietnam 2020, adakah anda fikir anda menjadi idola bagi orang muda?”.

Dia menjawab ringkas: “Saya rasa saya membawa semua elemen gadis-gadis Vietnam yang diperlvk4n dan mencukupi. Saya fikir sama ada saya menjadi teladan bagi orang muda atau tidak, saya mesti sentiasa memberi inspirasi kepada orang muda. Saya akan melakukannya.

Foto: tuoitrenews.vn

Do Thi Ha menegaskan dengan keyakinan yang dimiliki dan terus mencuba yang terbaik dengan senyuman dapat menarik perhatian semua orang. Dan ia menjadikannya persembahannya jadi kuat untuk bergelar Miss Vietnam 2020. Do Thi Ha akan tampil di pentas Miss World 2020 dan pastinya akan membuat orang Vietnam bangga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my