Sehingga hari ini nama KWSP disebut oleh rakyat. Dengan keadaan ekonomi zaman sekarang (cov1d) dan ramai yang kehilangan perkerjaan dan punca pendapatan.
Cadangan yang diusulkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak untuk membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan akaun 1 untuk kegunaan mereka sendiri di masa sekarang telah banyak kali ditolak.
Najib Razak tidak berputus asa dan masih gigih untuk ‘memujuk’ kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan akaun 1 KWSP itu.
KWSP AKAUN 1 UNTUK SEMUA
Najib Razak telah memuat naik 1 status mengenai pengeluaran akaun 1 KWSP yang sebelum ini hanya bersasar kepada yang hilang punca pekerjaan sahaja.
Dari status Najib Razak, beliau memberitahu bahawa usul untuk membenarkan pengeluaran untuk semua pencarum KWSP dibenarkan.
“RASMI dari Parlimen: Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada SEMUA ahli yang menghadapi masalah kewangan. Sekarang 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan sehingga RM10,000 seperti dituntut YB Pekan, YB Bagan Datuk dan ahli-ahli MP BN” – Najib Razak
Perkara ini turut dipetik oleh BERNAMA di laman rasmi Twitter.
Berikut adalah beberapa komen netizen tentang berita gembira tersebut ..
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..dan terima kasih sgt3 kepada Dato’seri sebab berjuang sehingga saat terakhir demi kepentingan rakyat”
“Yak yak yeahhh.. Terima kasih Bossku..Jasamu amat2lah di kenang..Semoga Allah merahm4ti hidup DSN..”
“Alhamdulillah. Terima kasih DSNR terutamanya dan rakan-rakan NETIZEN amnya yang telah sama-sama berusaha dan menggesa (mencelikkan mata) kerajaan meluluskan program I-SINAR ini..”
Status Dato Seri Najib Razak telah mendapat hampir 10 ribu lik3s dan 1300+ perkongsian di Facebook sejak dimuat naik 10 minit.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : AwatttSyeikhh Network