Kisah Chris Gardner, Seorang Gel4nd4ngan Yang Akhirnya Jadi Jutawan

Umum mengetahui gelandangan merupakan individu yang tidak berumah dan biasanya hidup beralaskan kotak di bandar-bandar besar. Kem1sk1nan bandar, disisih keluarga, g4ngguan mental, dan ketagihan dad4h merupakan beberapa faktor wujudnya golongan ini di bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Walaupun golongan ini kelihatan seperti tiada harapan untuk meneruskan kehidupan namun ada antara mereka yang berjaya mengubah nasib mereka. Salah seorangnya adalah Chris Gardner, 66, jutawan yang dahulunya hidup sebatang kara.

 

Semuanya bermula pada tahun 1980 apabila Chris sekeluarga dihalau dari rumah sewanya setelah tidak mampu untuk membayar duit sewa bulanan. Pendapatan Chris sangat kecil sehingga menyebabkan dia sekeluarga terpaksa menjadi geland4ngan.

Nasib Chris bertambah pilu apabila isterinya Sherry Dyson pergi men1ngg4lkannya setelah tiga tahun berkahwin. Demi menjaga kebajikan anak lelakinya, Chris kuatkan semangat untuk terus hidup biarpun terpaksa tidur dalam tandas awam di stesen keretapi dan rumah geland4angan. Ada kalanya dia terpaksa beradu atas kerusi di taman-taman sekitar San Francisco. 

Cuba nasib dalam bidang saham

 

Kelihatan Christopher Gardner mesra memeluk ayahnya Chris Gardner. Sumber: Freshinspiration

Demi mengubah nasibnya itu, Chris mencuba nasib untuk memasuki satu latihan untuk menjadi broker saham. Dia diterima dan menjalani latihan itu di sebuah firma saham di New York selama setahun tanpa gaji.

Dikatakan juga Chris terpaksa membawa anaknya ke tempat dia bekerja. Apabila rakan-rakan sekerjanya pulang ke rumah masing-masing, Chris cuba mencuri masuk ke dalam pejabat dan tidur bersama anaknya di bawah meja.

“Biarkan saya sahaja yang menanggung kesusahan ini asalkan anak saya dapat kehidupan yang lebih kelak,” prinsip yang sentiasa dipegang oleh Chris.

Setelah setahun, berkat usaha dan bakat dalam perniagaan saham akhirnya Chris diberikan jawatan sepenuh masa oleh Dean Witter Reynolds, pengarah di firma tersebut. Ia selepas Chris mempunyai skil yang hebat untuk menjadi seorang broker saham yang berjaya.

Rezeki tidak salah alamat, Chris akhirnya berjaya menyewa rumah dan tinggal bersama anaknya. Kerjaya Chris bertambah baik dan pada 1987, dia memutuskan untuk membuka sebuah firma saham iaitu Gardner Rich. Kemudian, dia berkahwin Jackie Medina dan dikurniakan seorang anak perempuan.

“Ibu saya pernah kata; Nak, satu hari nanti kamu akan jadi seorang jutawan. Hingga hari ini saya tak sangka kata-kata ibu saya itu termakbul,” Ujar Chris yang pernah ditemu ramah oleh wartawan BBC. Kejayan Chris terbukti selepas dia kini mempunyai aset sekitar RM285 juta.

Rezeki mesti dikongsi bersama, Chris lebih banyak mendermakan wangnya kepada amal kebajikan golongan gelandangan. Beliau juga seorang motivator yangtravel ke seluruh dunia untuk memenuhi undangan. Jika ada masa terluang, Chris juga terlibat dalam program motivasi untuk para gelandangan dan bergiat aktif dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chris Gardner (@ceoofhappyness)

Kisah suka dan duk4 kehidupan Chris Gardner ini pernah menjadi inspirasi kepada filem The Pursuit of Happyness (2006) yang menampilkan Will Smith sebagai pelakon utama. The Pursuit of Happyness juga diterbitkan dalam bentuk buku yang menjadi salah satu buku motivasi terbaik di pasaran sehingga ke hari ini.

Semoga kisah inspirasi ini dapat menjadikan kita sebagai seorang insan untuk sentiasa rasa bersyukur atas nikmat kurniaanNya dan tidak patah semangat walaupun ditimpa musibah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/