Nampaknya usaha keras Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berkaitan isu manipulasi kutipan royalti akan berbuahkan hasil.
Ini susulan dari tindakan Suruhanjaya Pencegahan r4su4h Malaysia (SPRM) yang akhirnya membuat serbvan terhadap empat pejabat badan pengurusan royalti artis semalam (25/12) bagi memulakan si4satan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.
4 buah syarikat yang terlibat termasuklah
- Recording Performers Malaysia (RPM),
- Public Performance Malaysia (PPM),
- Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku Persembahan Artis (PRISM)
- Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).
Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, si4satan dibuat berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau ‘public performance’ di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.
Dalam laporan sama memaklumkan bahawa SPRM telah mengambil dokumen-dokumen dari 4 buah syarikat untuk tujuan si4asatan. Malah beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk buat si4satan. Si4satan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan r4su4h Malaysia 2009.
Sebelum ini, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez meluahkan rasa kec3wa dengan kemungkinan beberapa “tangan tersembunyi” memanipulasi kutipan royalti untuk keuntungan mereka sendiri.
Dipetik dari FMT, hampir RM30 juta royalti yang sudah dikutip belum dijelaskan kepada artis rakaman, pemuzik dan penghibur. Ia terbiar begitu sahaja dengan dua syarikat yang diberi kuasa mengagihkan pembayaran.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my