Ini Pendedahan SPRM Selepas Lima Syarikat Telco Disiasat

Kuala Lumpur: Dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jen4yah ‘menyedvt’ kredit prabayar milik pengguna telefon bimbit menyebabkan m4ngs4 kerugi4n hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan syarikat ini aktif ‘mencvri’ wang milik pengguna talian prabayar hasil kegiatan membeli data peribadi pengguna dengan meny0gok kakitangan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan r4su4h Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Harian Metro, syarikat ini akan menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar sebelum m4ngs4 dikenakan caj antara 50 sen hingga RM5 bagi setiap penghantaran ‘s4mpah.’

Menurutnya, ramai pakar teknikal dan ‘orang penting’ syarikat telco yang dikesan bersek0ngkol dengan menjual data peribadi milik pelanggan berdaftar talian prabayar.

“Jika diambil kira jumlah kerugian pengguna prabayar di negara ini susulan aktiviti h4r4m dikesan, SPRM menganggarkan ia mencecah RM100 juta jika mengambil kira peratusan keuntungan diperoleh telco dan syarikat penyedia kandungan ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan SPRM sejak bulan Mac lalu mendapati penipu4n terancang ini membabitkan kerja ‘orang dalam’ telco yang memegang pelbagai jawatan penting.

“Antara jawatan yang dikenal pasti menerima r4su4h ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk dan ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain.

“Berdasarkan siasatan, mereka ini bersek0ngkol dengan syarikat penyedia kandungan yang memberikan r4su4h bagi mendapatkan data svlit pelanggan telco.

“Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang r4su4h kepada ‘orang dalam’ tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang.

“SPRM percaya jumlah keseluruhan r4su4h yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu,” katanya.

“Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersek0ngkol dengan syarikat penyedia kandungan ini,” katanya.

Menurutnya, kakitangan bahagian teknikal dan aduan telco menjadi tumpuan ‘syarikat jahat’ ini berikutan mereka mempunyai akses untuk memb0c0rkan data dan maklumat svlit pelanggan.

“Berdasarkan maklumat svlit diperoleh ini, syarikat penyedia kandungan akan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar ini.

“Terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 ringgit bagi setiap ring tone (nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif dihantar kepada pelanggan ini. Terdapat juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM