Lazimnya selepas tujuh hari bersalin, bayi yang baru dilahirkan akan diberi nama mengikut pilihan ibu dan ayah. Begitu juga dengan pelakon Idzham Ismail yang baru sahaja dikurniakan bayi lelaki pada 22 November yang lalu.
Dalam posting terbaru Idzham di Instagram miliknya, dia berkongsi nama yang menjadi pilihan untuk anak keduanya itu.
Memilih nama Muhammad Idrus, Idzham juga turut berkongsi sekeping gambar dirinya mencivm bayi lelakinya itu yang menampakkan sisi wajah si kecilnya.
Dengan kapsyen ringkas, “Muhammad Idrus Bin Mohammed Idzham,” menerusi hantaran sebelum ini, Idzham menzahirkan rasa syukur kerana isterinya telah pun selamat bersalin selain berterima kasih atas semua doa yang dikirimkan.
View this post on Instagram
Terdahulu isteri Idzham, Siti Nur Abilah Shamsudin telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka seberat 2.9kg pada jam 7.45 pagi di sebuah h0sp1tal swasta di Kajang, Selangor pada 22 November yang lalu.
Idzham dan isterinya yang juga merupakan seorang pramugari diijabkabul pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
Cantik nama yang menjadi pilihan Idzham dan isteri. Semoga Muhammad Idrus membesar menjadi anak yang soleh untuk kedua orang tuanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Media Hiburan & IG Idzham Ismail via Pa&Ma