“Makin Cantik Lepas Bersalin” – Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Fazura & Fattah Amin Makan Malam Romantik

Aktres jelita Nur Fazura meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama suami aktor Fattah Amin. 

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi beberapa keping foto serta video sambutan tersebut di sebuah restoran mewah untuk tatapan umum. 

Happy anniversary my love. 3 years down, forever to go,” tulis Fazura di ruangan kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi perkongsian itu lagi, pasangan tersebut turut meraikan hari istimewa mereka dengan sebiji kek berbentuk hati dengan taburan kelopak mawar putih sebagai simbolik kepada kebahagiaan mereka. 

Malah, Fazura nampak berseri mengenakan busana serba hitam sedondon dengan suaminya. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, pasangan ini menerima ribuan ucapan dan doa agar semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. 

Ramai juga yang turut memuji kecantikan wajah Fazura yang semakin berseri-seri setelah bergelar ibu. 

Happy anniversary Fattah dan Fazura. Semoga ikatan suci ini kekal sehingga ke akhir hayat,” doa seorang wargamaya.

Glowing sangat mommy ni, so beautiful,” puji seorang wargamaya.

Fazura muka comel sangat lepas jadi mommy ni. Aura ibu-ibu terserlah. Happy anniversary,” komen seorang wargamaya.

Makin cantik la Faz lepas bersalin ni,” kata seorang wargamaya. 

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak