SPEKULASI penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang h4mil anak kedua terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan dia kini h4mil empat bulan.
Menurut Siti, 41, setelah lama menyimpan rahsia dan membiarkan peminat berteka-teki akhirnya dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tampil mengumumkan berita gembira itu semasa pelancaran produk Beausiti X Wonderlab pada Selasa.
“Alhamdulillah… syukur hari ini sangat bersejarah kerana saya dapat umum banyak perkara istimewa. Selain pelancaran Beautessence dan Beaunest, pelantikan Nabila Razali sebagai duta kempen… semestinya satu lagi pengumuman istimewa untuk semua.
“Dah lama menjadi teka-teki, ramai buat andaian dan hari ini cukup sesuai untuk saya kongsi dengan semua peminat, Alhamdulillah saya dan suami nak kongsi berita baik saya sudah h4mil empat bulan.
“Ramai mendokan dan rasanya ada yang dah boleh agak… ada juga yang berteka-teki kerana saya diamkan diri. Dalam keadaan sekarang saya hanya duduk rumah. Doakan saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran,” katanya.
Aafiyah pernah memberi hint ibunya kini sedang h4mil semasa siaran langsung di Instagram.
Siti dan Khalid atau lebih dikenali Datuk K membuat pengumumam istimewa itu semasa pelancaran produk tersebut yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Sementara itu penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua.
“Lelaki atau perempuan kami terima dengan hati terbuka… tapi seronok tu kalau dapat sepasang,” ujarnya.
Pada 25 September lalu, aksi Siti Aafiyah mencivm perut ibunya ketika sedang bersiaran langsung di Instagram mencetuskan spekulasi penyanyi nombor satu negara itu sedang h4mil anak kedua.
Menerusi video berkenaan juga menunjukkan Aafiyah beberapa kali mencivm perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja.
Datuk K dan Siti teruja untuk timang anak kedua.
Perkara itu menguatkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, itu kini berbadan dua selepas mengumumkan berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.
Malah, peminat-peminat meluahkan rasa teruja dan menganggap kanak-kanak yang kini berusia dua tahun itu memberi hint bakal mendapat adik.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Siti dan mendoakan semuanya berjalan lancar
Siti sebelum ini pernah mengalami kegvgvran pada November 2015.
Dia kemudiannya berkongsi berita keh4milan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar