“Jauhkan perkara tak elok… g4ngguan ji1n dan sya1tan!” – Puteri Sarah minta peminat doa rumah tangga berkekalan

SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-35, pelakon Puteri Sarah Liyana memohon orang ramai dan peminat mendoakan supaya rumah tangganya bersama pengarah filem Syamsul Yusof berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menerusi Instagram, Puteri Sarah berharap agar ikatan perkahwinannya itu dilindungi oleh Allah dan dijauhkan daripada sebarang g4ngguan dan anasir jahat.

“Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, bahagia dunia akhirat dan rumahtangga saya berkekalan hingga ke jannah.

“Semoga tahun 2021 Sarah dan keluarga bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok… mohon dijauhkan dari g4ngguan 1j1in dan syai1tan. Amin!

“Selamat ulang tahun buat diri ini yang selalu berju4ng tak kenal lelah, berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku. Sarah tak minta banyak cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni,” katanya pada Selasa.

Puteri Sarah sambut hari lahir bersama keluarga.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video meraikan ulang tahun kelahirannya bersama dua anak iaitu Syaikhul Islam dan Summayah serta keluarganya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Syamsul tidak kelihatan dalam video tersebut.

Pada September lalu, kisah rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana didakwa sedang bergolak mendapat perhatian netizen.

Sebelum ini, Syamsul, 36, mengakui bahtera rumah tangga yang dibina berhadapan masalah dan mereka dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak sepatutnya.

Namun, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof menegaskan kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu bukan untuk bercer4i.

Puteri Sarah harap perkahwinan kekal.

Pengarah filem Munaf1ik ini juga tanpa berselindung mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya.

“Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak bercer4i. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap… dia seorang isteri yang baik.

“Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyak1it… saya jadi gila dengan kerja saya,” ujarnya.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Summayah yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar