Badul pernah kahw1n 6 kali, masih malar segar

Kontr0versi kembali menjadikan nama AR Badul menjadi buah mulut masyarakat khususnya apabila isu melibatkan beliau dan menantunya dilaporkan media .

Artis veteran tersebut dikatakan kecewa dengan kenyataan yang mengatakan anaknya Allahy4rham Mejar Mohd. Zahir Aramaya sebagai mufl1s.

Isu tersebut menjadi semakin p4nas apabila menantunya Nour Shafinar Harun terkejut dengan sikap mentuanya yang dianggap telah berubah.

Terbaru, bekas isteri Allahy4rham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Jamilah Ismail pula meluahkan , rasa seih mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang didakwa terabai.

“Sejak arwh bapa mereka men1nggl, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima,” katanya.

Siapakah sebenarnya AR Badul yang terkenal sebagai pelawak pada eranya.

Lawak jenakanya mengundang senyum tawa, menceria hati rakyat jelata. 42 tahun berkelana membelah ombak seni, A R Badul selayaknya berdiri dalam barisan ikon seni negara yang tiada berpengganti.

Memulakan langkah seni pada tahun 1978, menerusi filem pertama, Panglima Badol, anak kepada seniman Allahya4rham AR Tompel ini pantas mendaki puncak populariti. Saban tahun, satu demi satu filem lakonannya memecah panggung.

Siapa yang tidak kenal Badul ketika itu? Pada awal kemunculannya, dia senang menggunakan nama sendiri dalam setiap filem lakonannya. Sehingga dia berdiri sebagai pengarah pada tahun 1984 menerusi filem Pagar-Pagar Cinta.

Prebet Lapok, Jejaka Perasan dan h4ntu Siang adalah antara filem popular lakonannya. Pasti kita terimbau dengan aksi bersahaja dan komedi santai yang menjadi identitinya.

Tahun 1989 mencipta sejarah peribadi apabila dia merangkul trofi Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-8 menerusi filem Oh Fatimah. Namanya ketika itu memuncak, selari dengan bakat seninya.

Tidak hanya filem, dia juga mewarnai layar kaca dengan barisan drama dan telemovie yang tidak pernah hilang daripada ingatan kita. Puteri, Platfrom, Abang Beca, Siapa Tak Sayang Bini dan pelbagai lagi karya lakonannya.

Itu sekelumit kisah seni yang kita semua sedia maklum. Namun di sebalik tawa tokoh seni kelahiran Singapura, Armaya Aman Ramlie ini, dia menyimpan pelbagai kisah duk4 yang mungkin sukar untuk kita selami.

Membuka salasilah kehidupan insan seni yang selayaknya bergelar Raja Lawak ini, dia dilahirkan dalam keluarga besar dengan 18 adik beradik daripada enam ibu. Tidak semua mengikut jejak legasi seni Allahy4rham bapanya.

Cuma dia dan lima lagi beradik mengabdikan diri dalam dunia seni. Sedari kecil dia sudah ditatang dengan curahan ilmu seni bapa dan rakan-rakan karib sahabat seniman negara itu.

Bergelar bapa kepada tujuh cahaya mata menerusi enam perkahwinan, episod duk4 dan suka silih berganti dalam diari hidupnya. Pada usia 71 tahun, dia bahagia dengan isteri tercinta, Maizatul Akma Osman.

Pemergian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya dalam ins1den tert3mb4k ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah tahun lalu meremukkan hatinya.

Tokoh seni ini sudah melalui berapa zaman. Dia menceriakan, juga membawa tangis hiba kita.

UTUSAN ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : trendinggiler via AppleHijau