Baru-baru ini Cik B ada mengeluarkan single pertamanya. Pasti ramai yang terkejut kerana semuanya tiba-tiba. Namun ada juga yang memberi reaksi postif malah ada juga sebaliknya.
Terbaru, ada juga yang mendakwa suara yang digunakan dalam viddeo tersebut adalah suara Yonnyboii bukan suara Cik B. Dakwaan tersebut dinafikan oleh Cik B sendiri.
“Itu suara sayalah”.
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Cik B ketika ditanya mengenai single pertamanya, Tolonglah yang didakwa menggunakan suara penyanyI rap popular, Yonnyboii oleh netiizen.
Cik B, 15, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, Yonnyboii yang juga rakannya turut menafiikan suara mereka ada persamaan.
View this post on Instagram
“Saya memang berkawan dengan Yonnyboii dan dia sendiri pun cakap suara kami tak sama.”
“Mungkin cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii, ditambah pula dengan suara ser4k saya kedengaran seperti suara lelaki.”
“Jadi, ramai menyangka itu suara Yonnyboii,” katanya yang juga pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Tolonglah adalah ciptaan sepenuhnya Cik B bersama ibunya yang juga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida yang mengisahkan mengenai masa silamnya yang hidup dalam keluarga berpecah-belah.
KOMEN NETIIZEN:
“Sekali imbas macam fatin afeefa..”
Video muzik Tolonglah dilancarkan di YouTube sejak dua hari lalu dan kini berada di tangga pertama sohor kini di Malaysia. Sehingga kini, ia mencatat lebih 1.2 juta tontonan di laman penstriman video itu.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM via DiariDunia