Rakyat Malaysia lepasan ijazah pilih kerja kutip sampah di Singapura

DUA Rakyat Malaysia lepasan ijazah dilaporkan memilih untuk kerja sebagai pengutip sampah di negara jiran Singapura.

Muhammad Khidir Samsudin atau lebih mesra dengan panggilan Eday, dan rakannya Mohd Yuamirul Che Yussoff baru-baru ini tular di media sosial selepas memulangkan sebuah iPad Pro milik seorang wanita warga Singapura yang dibu4ng ke dalam tong sampah secara tidak sengaja.

Kutip Sampah di Singapura

Pemilik iPad berkenaan, berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook pada 2 Disember lalu. 

“Mereka muda, rajin dan yang paling penting jujur dan rendah diri. Saya juga perasan mereka lepasan ijazah, bertutur dan menulis dengan baik juga,” kata Michelle Lim di laman Facebook.

Eday yang berasal dari Batu Pahat, Johor ketika dihubungi oleh Bernama memaklumkan dia memiliki ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Pembangunan.

“Tidak salah untuk saya menimba pengalaman dalam sektor pengurusan sampah ini,” kata Eday yang bercadang untuk kekal dalam sektor itu selama 3 tahun.

“Ini akan membuatkan saya lebih faham proses kerja dan saya akan lebih menghargai pekerja bawahan saya suatu hari nanti,” katanya, tambahnya lagi dia turut mendapat restu kedua ibu bapanya untuk melakukan kerja berkenaan.

Ditanya mengapa dia tidak melakukan kerja yang sama di Malaysia, menurut Eday, dia dibayar dalam matawang Singapura, dan ia merupakan tarikan hebat.

“Gaji yang saya dapat di sini setiap bulan melebihi gaji eksekutif di Malaysia. Di Malaysia, kamu perlvk4n sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja juga,”

“Jika saya kembali ke Malaysia satu hari nanti, saya juga boleh kata saya ada pengalaman bekerja di sebuah syarikat asing,” kata Eday, yang kini bekerja dengan SembWaste Pte Ltd anak syarikat Sembcorp Group, sebuah syarikat berkaitan tenaga, pembangunan bandar dan marin.

Menurut Eday lagi, dia pernah melakukan banyak kerja-kerja separuh masa termasuk sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Batu Pahat dan di sebuah perniagaan kecil berkaitan pemakaian maskot.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Milo suam