‘Tunaikan apa yang dijanji…’ – Wani Comel rasa diri dieksploitasi

SEORANG gadis yang menghadapi masalah obesiti, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, membuat tuntutan daripada seorang usahawan kosmetik terkenal selepas mendakwa dieksploitasi sebagai duta produk syarikat berkenaan.

Jelas gadis berusia 23 tahun itu, sebelum menjadi duta, dia dijanjikan akan diberi rumah, kereta dan menyara kehidupannya bersama keluarga.

“Mereka jumpa saya selepas raya tahun lalu dan ketika itu pihak sana tawarkan untuk tanggung pembed4han bariatrik, memberi saya rumah, kereta dan membantu kami sekeluarga.

“Pada mulanya saya tak yakin, tetapi mereka berjaya menyakinkan saya dan memberitahu kehidupan saya lebih mudah selepas ini. Pihak sana juga berjanji untuk bantu saya sehingga berjaya.

“Bagaimanapun setakat menjalankan kerja saya untuk content di media sosial, saya hanya dapat kurang RM1,000 secara keseluruhan. Paling tinggi saya pernah dapat RM350, itupun hanya bayaran untuk membuat content di media sosial sahaja,” ujarnya dalam satu sidang media, Jumaat.

Wani sebelum ini pernah viral di media sosial kerana masalah obesiti yang dihadapinya sehingga berat mencecah 300 kilogram (kg) dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Wani memberitahu sudah dapat berjalan kembali selepas menjalani pembed4han bariatrik tahun lalu. (Foto Instagram Wani)

Tambah anak jati Jerantut, Pahang itu, selepas pembed4han bariatrik dilakukan, dia terasa seperti diabaikan oleh pihak syarikat dan segala apa yang dijanjikan sebelum ini tidak ditunaikan.

Bukan itu sahaja, laporan kesihatannya masih dipegang oleh pihak sebelah sana dan menyebabkan dia tidak dapat meneruskan rawatan susulan.

“Selepas selesai pembed4han dan keluar dari h0sp1tal saya terasa dibiarkan begitu sahaja. Saya ada bertanya mengenai laporan kesihatan saya sebab saya ada rawatan susulan, tetapi pekerja syarikat itu asyik berdolak-dalik.

“Sudahnya saya tidak buat rawatan susulan sehingga kini dan saya masih berasa s4kit pada bahagian perut,” katanya.

Dakwa digert4k

Wani berkata, dia tidak berani bersuara sebelum ini kerana bimbang terikat dengan kontrak yang tidak jelas, namun selepas didatangi dan mendakwa digert4k oleh wakil syarikat terbabit, dia merasakan sudah tiba masanya untuk bersuara.

Apatah lagi selepas merasakan maruah keluarganya diperkotak-katik dan sering menerima kec4man netizen.

“Bulan lepas, ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan. Petang hari sama, wakil syarikat tersebut datang dan mereka kata saya tidak mengenang budi kerana menerima sumbangan daripada pihak lain.

“Disebabkan itu, mereka koy4kkan kontrak yang sudah setahun saya minta turut meminta saya membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

“Disebabkan rasa teranc4m, tambahan pula dengan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan, saya terpaksa buat satu laporan p0lis.

“Saya juga sering menerima kec4man daripada orang luar, mereka kata saya tak mengenang budi, tak reti bersyukur.

“Orang di luar tidak tahu apa yang berlaku di belakang kamera. Lebih sed1h bila keluarga juga menerima tempiasnya,” jelasnya.

Wani dilihat beberapa kali tidak dapat menahan air mata sepanjang sesi sidang media berlangsung.

Tuntut janji

Sehubungan itu, gadis berkenaan menuntut agar usahawan kosmetik itu melunaskan janji-janji seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Bahkan Wani juga bersedia untuk bersemuka, namun tanpa sebarang syarat dan bukan secara tertutup.

“Saya harap pihak sana tunaikan apa yang dijanji… Saya pun manusia, bukan binatang.

“Pulangkan laporan perubatan untuk memudahkan saya mendapatkan rawatan susulan,” ujarnya yang tidak dapat menahan air mata.

Sementara itu, peguam yang mewakili Wani iaitu Haziq Aizuddin Subhi menyatakan pihaknya telah meneliti kandungan kontrak perjanjian tersebut.

Ujarnya berdasarkan penelitian, kontak tersebut hanya memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja iaitu pihak syarikat.

“Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak.

“Sekiranya tiada sebarang respons, kami akan hantar surat tuntutan kedua dan sekiranya masih tidak mendapat sebarang maklum balas, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir,” jelasnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sinar