PELABUHAN KLANG: Selepas ketukan misteri mengh4ntui penduduk di Sabak Bernam dan Alor Gajah, Melaka, kini ia mula ‘merebak’ ke Pandamaran Jaya di sini.
Jika sebelum ini misteri ketukan tanpa salam hanya berlaku di pintu utama rumah namun kini menyasarkan pintu bilik tidur.
Kejadian tersebut dialami penduduk di Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78 dan beberapa jalan lain di Pandamaran Jaya di sini yang menjadi lokasi baharu misteri ketukan.
Menceritakan detik kejadian, seorang m4ngs4, Nor Hidayah Salehudin, 29, mendakwa, pintu bilik tidur di bahagian beranda luar menerima ketukan sebanyak dua kali pukul 2 pagi semalam.
Katanya, semasa kejadian dia tidur di tingkat atas manakala bapanya di bahagian bawah di dalam rumah teres dua tingkat tersebut.
“Ketukan kedua sangat kuat sehingga menyebabkan bulu roma saya meremang dan ini pertama kali berlaku g4ngguan seperti ini.
“Pada masa sama, saya terfikir ins1den ketukan pernah berlaku di Sabak Bernam sebelum segera membuka bacaan ayat suci al-Quran,” katanya di sini semalam.
Dalam pada itu, katanya, ketukan itu membuatkannya tidak boleh tidur semalaman sebelum memaklumkan kepada bapanya yang tidak mendengari sebarang ketukan pada awal pagi itu.
Sementara, ibu kepada tiga anak, Aryana Rosli, 35, pula mendakwa menjadi sasaran ketukan sekitar pukul 1.40 pagi.
“Saya beranggapan hanya rumah ini sahaja diketuk rupanya banyak rumah turut mengalami ins1den sama sehingga menjadi kecoh di laman sosial Facebook,” katanya.
Bagi Mohd. Shahrul Ridzwan Mohd. Sani, 29, dia memberanikan diri menyelak langsir rumah selepas menerima ketukan ketika dalam kejadian bermula pukul 1.15 pagi.
“Bagaimanapun, tiada sebarang kelibat dengan pintu pagar berkunci rapat dengan mangga. Perkara ini sungguh pelik,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua p0lis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi menegaskan, setakat ini tiada laporan p0lis diterima berkenaan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Utusan