‘Syahmi anugerah terindah buat saya’ – Wanita ini redha dikurniakan anak tanpa betis

Kuala Lumpur: “Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” kata ibu dua anak, Azlindahani Othman.

Azlindahani, 38, berkata demikian ketika menceritakan kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 9, atau mesra dengan panggilan Syahmi yang dilahirkan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).

Salah satu hantaran yang menyentuh hati ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.

Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

Azlindahani yang menetap di Taman Jati, Ipoh, Perak berkata, reaksi Syahmi membuatkannya tergamam dan seb4k kerana menyedari tidak mampu untuk menunaikannya.

“Saya sed1h kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.

“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlvk4n semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan perihal Syahmi, Azlindahani berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sewaktu h4mil lagi.

“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan men1ngg4l dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.

“Ketika h4mil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.

” Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggvgvrkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” katanya.

Dia berkata, dengan izin Allah, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya itu.

“Saya bimbang dia tidak hidup lama seterusnya men1ngg4lkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat,” katanya.

Di sebalik kekurangan, Azlindahani berkata, Syahmi mudah dijaga kerana pernah dua kali saja dimasukkan ke h0sp1tal akibat dem4m dan cirit-birit.

“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh s4kit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersed1h,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana seluruh keluarga menyayangi Syahmi terutama anak sulung yang rajin membantu menguruskan adiknya itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita