PERKONGSIAN penyanyi Mas Idayu mengenai sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti mendapat perhatian pelakon senior Azhar Sulaiman dan Edika Yusuf.
Menerusi ruang komen di Instagram rasmi mStar, Azhar dan Edika masing-masing tidak setuju dengan cara itu dan menyifatkan boleh membun*h semangat peserta.
Menurut Edika, 53, komen yang terlalu ‘panas’ hanya akan memalukan peserta program realiti tersebut.
“Mengikut pendapat saya memang tak patut komen panas-panas. Ini akan mematahkan semangat dan memalukan mereka sebab satu Malaysia sedang tonton.
Azhar dan Edika memberi pandangan mereka menerusi ruang komen di Instagram rasmi mStar.
“Kita yang berpengalaman patut bagi komen yang membak4r semangat bukan memalukan mereka,” tulis Edika.
Manakala, Azhar pula menganggap apa yang ditonjolkan seseorang selebriti itu di kaca TV memberi gambaran kepada netizen mengenai diri mereka sebenar.
Malah pelakon berusia 49 tahun ini memberitahu k3silapan dalam tutur kata dan gaya juga boleh menghilangkan rasa hormat kepada selebriti itu.
“Ini program realiti dan program bersiaran langsung. Bagi saya, apa yang anda tunjukkan akan menjadi asas bagi netizen untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.
Komen pandai la belakang-belakang, meh sini depan muka mummy.
MAS IDAYU
PENYANYI
“Yang rugi atau untung adalah anda sendiri. Silap cakap dan gaya… boleh makan diri,” kata Azhar.
Menerusi laporan mStar pada Selasa, Mas Idayu memberitahu caranya memberi komen sebegitu untuk mengajar seseorang penyanyi baharu.
Juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dib3nci dan menerima kec4man penonton program berkenaan.
Dalam pada itu, Mas Idayu turut membalas komen Edika dengan mengatakan aktor tersebut hanya memberi pendapat tanpa mengenali dirinya dan mengetahui perkara sebenar.
“Ikut pendapat awak? Pendapat awak saja? Awak kenal ke Mas Idayu itu sangat-sangat? Kau tahu ke budak yang dia tegur, marah itu… setiap hari WhatsApp, datang makan minum, sayang aku sampai sekarang?” soal Mas Idayu.
Mas Idayu menjadi juri Lagu Cinta Kita 2 bersama Ajai dan Hael Husaini.
Selain komen Edika, penyanyi dangdut itu juga memberi respon kepada netizen yang mempertahankan dan memberi sokongan kepadanya.
Akui penyanyi lagu Cinta 100% itu, dia berasakan keikhlasannya dipandang remeh apabila diminta untuk menjadi orang lain.
“Ya dik, kadang-kadang keikhlasan kita dipandang enteng. Nak kita jadi orang lain, nak kita jadi macam dia! Sivik dia sempurna ke tidak, kita tak komen pun.
“Sebab kita tak kenal dia. Komen pandai la belakang-belakang, meh sini depan muka mummy… geram mummy,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingkini.pw/