Mendapat hidayah untuk menerima agama Islam atau berubah menjadi seseorang yang lebih baik dari segi agama itu adalah satu rahmat besar Allah kepada hamba-Nya.
Tapi malang bagi sesetengah orang yang mungkin sudah dilahirkan menjadi seorang Islam tetapi menganggap agama ini sebagai penghalang kepadanya pulak dalam mencapai sesuatu yang baik dalam hidup.
Perkara inilah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Ayesha yang berasal dari Australia. Dia mengaku dirinya sebagai ‘ex-Muslim’ dan telah men1ngg4lkan ‘Allah’ atas sebab-sebab yang admin rasa sangat remeh-temeh.
Menerusi perkongsian video di Twitter, Ayesha memberitahu yang dia telah mendapat pelbagai peluang hidup yang baru selepas keluar daripada agama Islam.
Since she left Islam, Ayesha has obtained three university degrees and will soon begin work on her PhD. Life as an #ExMuslim has allowed her new opportunities, new experiences, and above all freedom to pursue the life she wants. #AwesomeWithoutAllah pic.twitter.com/GcCle5d804
— Ex-Muslims of North America (@ExmuslimsOrg) November 28, 2020
Lepas keluar Islam, anjing boleh ber4k di seluruh katil dan rumah?
Antara sebabnya yang buat admin terkejut ialah dia katanya mempunyai seekor anjing jenis Italian Greyhound dan anjing tersebut katanya telah men1ngg4lkan ‘n4j1s’nya ke seluruh katil dan rumah milik Ayesha.
Walau bagaimanapun, Ayesha sangat gembira akan hal tersebut mungkin dia dah tak perlu nak fikir pasal soal sertu kot. Tapi kalau ikut logik sapa je suka anjing dorang ber4k-ber4k satu rumah kan?
Dia men1ngg4lkan n4j1snya (kekotoran) ke seluruh katil dan rumah saya. Dan saya menyukainya”
Berjaya dapat tiga degree lepas keluar Islam?
Satu lagi sebab yang agak mengejutkan ialah apabila Ayesha memberitahu yang dia berjaya mendapat tiga degree iaitu satu sarjana muda dan dua masters selepas keluar dari Islam.
Dia juga katanya dalam perancangan nak ambil PHD lepas ni. Tambah Ayesha dia berjaya kerja di bermacam-macam sektor selepas mur-tad dari agama ini.
Kenyataan Ayesha yang ini memang buat ramai Muslim kat luar sana trig-gered sebab ramai je yang berjaya dapat degree, masters, PHD dan juga ada yang bergelar professor dengan pangkat lebih tinggi ketika menjadi seorang Muslim.
“Inilah yang dipanggil istidraj”
Video tersebut telah mendapat pelbagai keca-man di media sosial yang mana rata-rata tidak memahami apa relevannya di sebalik keluar agama dan capai kejayaan macam dapat degree tu kalau tidak menjadi seorang Muslim.
Rasanya tak perlu diberikan contoh, dalam keluarga kita sendiri ramai yang berjaya dalam pelajaran dan hidup tapi mereka masih berpegang kepada ajaran Allah dan sentiasa mengikuti arahan-Nya.
Kebanyakan netizen juga berpendapat, apa yang dimiliki Ayesha kini dipanggil istidraj dan mendoakan semoga dia mendapat hidayahnya kembali.
Marilah kita doakan Ayesha ni mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Amin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Lobakmerah