Nama aku ivy,story aku ni real zaman yg pernah aku lalui sebelum ni,harap siapa yg baca dapat bertenang sehingga habis.
Semoga ia dapat dijadikan pengajaran buat semua.Aku berasal dari selatan tanah air,Batu pahat,Johor.
Zaman aku kahwin dulu… iyalah… 12 tahun yang lepas..
Keluarga aku tidak berapa terdedah pada majlis kahwin yang simple untuk bakal pengantin berstatus anak dara ni…
Maybe tempat lain buat tapi kat kampung aku ni… kenalah jemput satu kampung tau.
Nak kahwin kena dalam keadaan betul-betul mampu.
Ini yang keluarga aku selalu tekankan. Bila sebut nak kahwin je, terus terfikir kos sewa khemah, daging, ayam, barang hantaran itu ini.
Sebab aku ni dari keluarga yang berpendapatan sederhana tapi punyai adik beradik yang ramai.
Aku anak bongsu. Masa aku besar dalam umur yang sesuai nak kahwin, mak ayah pun dah berusia.
Mak aku ada banyak barang kemas. Banyak sangat gelang.
Dulu sebelum ayah bersara, dapat duit lebih sikit belikan emas untuk emak. Sampai orang luar tengok boleh pelik.
Emak aku surirumah. Ayah kerja buruh tapi barang kemas boleh tahan banyak.
Dulu-dulu emas kan murah je. Lepas tu bila seorang demi seorang anak mak aku kahwin….emas kat tangan dan simpanan makin berkurang.
Tiap kali anak kahwin,mesti ada gadaikan gelang. Ambil duit simpanan dalam bank untuk bayar kos kenduri kahwin.
Abang dan kakak bukan tak kumpul duit tapi macam aku cakap, bukan macam sekarang orang dah berfikiran terbuka.
Kami dulu,anak nak kahwin…kena jemput ramai orang untuk raikan majlis. Jujurnya,aku anak bongsu ni tiada kelebihan ape pun.
Tak ada dimanjakan. Cuma sedihlah.. tak naklah emak gadaikan gelang barang kemas lagi untuk aku nak kahwin.
So,aku kenal cinta hati masa umur 22 tahun. Macam cik Loli,aku baru kerja setahun juga. Gaji aku masa tu…rm550.
Kerja kat kampung sebab nak dekat dengan parents. Aku ni dating for marriage.
Aku tak ada nak sia-siakan time, effort untuk couple saja-saja. Imagine macam mana aku nak menyimpan duit nak kahwin.
Gaji cukup-cukup untuk diri sendiri dan hulur kat parents. Aku kerja dalam salah satu cabang bidang engineering.
Bidang aku ni kalau duduk dalam office especially perempuan,tak masyuk sangat. But,bila ada job freelance memang mudah kumpul duit.
Oleh sebab aku niat nak kahwin tanpa susahkan langsung parents,aku buang sikap malu aku dan try masuk dalam bidang freelance.
Allah bagi rezeki cuma nak kita berusaha. Siang malam aku kerja.
Sekarang ni bila ingat aku pernah angkut PC sorang-sorang panjat tangga ofis client tingkat 3…kenangan berharga tak dapat nak lupa.
Dari umur 22 aku kumpul duit sampai la aku selamat bertunang 3 tahun selepas tu. Majlis tunang aku, semuanya duit aku.
Aku tempah pelamin dan set baju tunang yang cantik sangat. Family aku bagi sumbangan tenaga.
Walau rm1, aku tetap tak bagi diorang keluarkan duit. Memang lega sangat. Tapi tu baru step 0.5.
Dugaaan bertunang tetap ada. Ayah aku pergi buat selamanya.. abang aku jadi wali. Aku tinggal berdua je dengan mak dalam rumah.
Adik beradik semua tinggal negeri berlainan. Aku seorang diri buat persiapan nak kahwin. Lunch time waktu untuk survey pakej butik pengantin.
Disamping nak balancekan antara kerja freelance pada malamnya dan kerja tetap di siang hari.
Busy sangat. Misi aku cuma kumpul duit siang malam. Tunang aku pun sama.
Bercerita bab tunang aku, aku menilai dia semasa kami buat persiapan kahwin. Macam mana pengurusan kewangan dia.
Macam mana dia saving. Macam mana dia layan aku. So far nampak la si tunang tak suka guna duit perempuan. Lega hati.
Seminggu sebelum akad nikah, wali aku suruh upkan nilai hantaran. Untuk pengetahuan,tunang aku anak sulung.
Ayahnya berpangkat dalam jabatan kerajaan juga. Kiranya kalau nak sponsor majlis anak pun,tak ada masalah.
Lagipun,itu majlis pertama untuk keluarga mereka. Adik beradik pun tak ramai.
Tapi tunang aku pun macam aku juga. Kalau boleh semua nak guna duitnya sendiri untuk majlis perkahwinan ini.
Sebolehnya tak nak menyusahkan orang lain. Nilai mas kahwin dan wang hantaran ni kami berdua dah bincang awal.
Tunang aku asalnya nak bagi wang hantaran yang lebih daripada kakak aku dapat dulu.
Tapi wali aku suruh upkan lagi beberapa ribu. Memang bajet lari terus di pihak dia.
Sebelum tu,barang hantaran dan barang kemas dah beli.pakej pengantin semua dah tempah. Semua dah ready.
Apa pun,aku tak akan salahkan abang aku. Dia nak lepaskan adik dia. Dia nak ambil alih tugas ayah aku.
Sebelum aku jadi isteri, priority aku pada family dulu. Dia bagitau masa tu,kalau tunang betul-betul nakkan aku,dia akan follow.
Tertekan memang ada . Sebab semuanya aku buat sendiri. Adik beradik balik minggu last sebelum akad nikah.
Tiba-tiba ada isu macam ni. Tunang aku baik sangat. Meninggi suara pun dia tak pandai. Aku call tunang. Aku cakap lembut.
Kalau tak boleh, tak apalah. Kita cancel akad nikah. Lepas aku end call,aku baring atas katil.
Esok aku nak call butik,kedai kek dan semua yang berkaitan untuk batalkan semua tempahan.
Hangus deposit pun tak apelah. Hati aku hangus juga tapi macam mana aku nak lawan family aku.
Dari aku keluar dalam perut mak sampai umur 26 tahun,diorang jaga aku.Aku tak sanggup. Aku ni jenis walk the talk. Aku tak cakap.
Kalau aku kata macam tu,memang aku buat macam itu. Tapi yang aku tahu duit untuk honeymoon burn juga sebab nak kahwin dengan aku sangat kan. Happy ke?
Tak pun tapi win-win situation bagi tunang aku.
Rasa bersalah tu tetap ada dalam hati aku. Tapi suami aku tak pernah ungkit pun sampai sekarang. Baginya itu hadiah untuk aku.
Tak ada dia persoal aku pandai masak ke,aku pandai menjahit ke…tak ada pun. Bila kenduri dapat banyak juga duit angpau, aku serahkan semua kat emak.
Ambillah semua mak. Aku dah tercapai misi aku nak kahwin,tanpa susahkan emak langsung.
Semuanya dari makanan, pelamin.. everything guna duit aku. Begitu juga dengan suami.
Kenduri belah dia pun semuanya guna duit dia sendiri. Duit yang di kumpul bukan dari loan ya.
Lepas kahwin, akaun bank aku gemuk juga. Simpan wang hantaran yang banyak tu untuk beli rumah pula. Suami pula.. duit dah licin.
Start balik menabung. Setahun lepas tu, kami beli rumah sendiri.
Aku keluarkan duit hantaran tu..semua barang elektrik dan barang lain aku beli cash. Tak hutang juga.
Suami licin lagi duit termasuk kwsp sebab ambil untuk deposit rumah.. Loan rumah dan kereta aku semua atas nama dia.
Bila umur kami 30,kami dah stop kumpul duit banyak2 macam dulu.
Cukuplah dah ada rumah sebiji,kereta. Masa sekarang kerja sambil besarkan anak. Anak dah besar, excited nak dating balik.
Alah,dating breakfast berdua je lepas hantar anak ke sekolah. Aku dah jadi surirumah.
Tapi sekarang Allah bagi bahagia lebih daripada masa bercinta semasa zaman bujang. Tiap hari masih i love you, i miss you.
Ada aku nampak hikmahnya aku tak nak susahkan mak ayah. Aku nak keluarga aku lepaskan aku masuk dalam alam perkahwinan dengan hati senang.
Aku mudahkan kerja keluarga. Aku susah tak apa. Jangan aku yang menyusahkan orang lain. Aku bertuah dapat suami yang sekepala dengan aku.
Kalau ada masalah apa,kami tak merungut. Merungut tak selesaikan masalah. Just move on.
Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami selepas kahwin. Now, aku suka tengok majlis perkahwinan yang simple.
Tapi pengalamanku dulu, ujian hidup. Adik-adik..kahwin betul-betul mampu. Bukan mampu dari segi kewangan saja.
Lepas kahwin priority kita perempuan pun berubah. Mampu ke nak ubah priority tu.? Itu pun perlu di pertimbangkan juga.
Lelaki..aku tak layak bagi nasihat. Tapi pendapat aku.. kalau bil makanan di restoren pun perlu kamu share dengan si cinta hati maknanya maybe kamu tak ready lagi kot nak kahwin.
Lepas kahwin banyak bil kena bayar. Kahwin dengan ikhlas. Yang bujang aku nasihatkan jaga kata-kata. Jangan layan sangat gender war.
Takut di uji dengan kata-kata sendiri. Cakap yang baik-baik, harapnya yang baik datang kat kita. Sekian…
Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.
Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada.
Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time.
Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC