Ucapan Kemenangan Buat Netizen Kurang Senang, Cliff Umar Minta Maaf

Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), namun Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah difahamkan telah menjadi bualan netizen sejak malam semalam.

Ia dipercayai susulan ucapan kemenangannya yang diberikannya sejurus memenangi pertandingan berkenaan di mana beliau difahamkan kurang selesa dengan pemakaian pelitup muka ketika itu.

Menyedari kesilapan yang dibuat pada semalam, Cliff Umar akhirnya memberikan penjelasan dan meminta maaf secara terbuka mengenai perkara berkenaan seperti dilaporkan beberapa media utama hari ini.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung, Bukan maksud saya untuk memperlekehkan atau tidak bersetuju dengan SOP seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

‘Berkuap ketika menyampaikan ucapan’

Menurut Berita Harian, Cliff menjelaskan dia sebenarnya mempunyai maksud lain dan langsung tidak berniat untuk mengguris perasaan sesiapa pun dengan apa yang diucapkannya ketika itu.

“Apa yang saya maksudkan dengan merimaskan apabila bercakap dengan memakai pelitup muka, permukaannya jadi berkuap dan ia menyukarkan saya memberikan ucapan kemenangan,” jelasnya seperti dipetik Berita Harian.

Menjelaskan lanjut mengenai keterlanjurannya itu, Cliff juga memberitahu ia juga berlaku kerana beliau terlalu teruja ketika itu.

Tidak menyangka namanya akan diumumkan sebagai pemenang pada malam semalam sekaligus membuatkan beliau ‘terkejut dan terkeluarlah kenyataan yang tidak sepatutnya saya (Cliff) ucapkan’.

Terdahulu, Cliff yang mempersembahkan lagu Nakal, Inilah dan duet Do Anything For Love diumumkan sebagai juara program realiti berkenaan pada malam semalam.

Beliau berjaya mengenepikan enam lagi peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan serta trofi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  thevocket.com