Naik pen!ng suami bila dah anak 3 tapi isteri masih pem4las untuk masak, barang dalam fridge semua ros4k, asyik berg0sip adik-beradik

BAGI mereka yang rajin menyoroti pelbagai luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, ia bagaikan satu medan untuk kebanyakan kaum isteri berkongsi masalah mereka.

Namun sesekali, ada juga golongan suami tampil berkongsi kisah sehingga ia menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Terbaharu, seorang lelaki yang tidak dided4hkan identitinya mengakui buntu untuk meneruskan hidup dengan isterinya yang memiliki sifat malas.

Menerusi perkongsian luahan pada Ahad, dia mengakui sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Menurut lelaki itu, dia mengharapkan isterinya rajin menguruskan keluarga memandangkan hanya dia seorang sahaja yang bekerja.

“Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan je apa-apa makanan ringan or makanan segera. Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa-apa.

“Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak bagitahu.

“Pernah saya tegur, rasa macam bujang je. Lapar makan mi segera, kalau teringin, kena masak sendiri. Kemudian dia buat muka,” kata lelaki itu.

Selain malas masuk ke dapur, wanita itu juga sering membiarkan pakaian di dalam mesin basuh sehingga berbau hapak.

Malah, segala barang dapur yang dibelinya juga terbiar sepi di dalam peti ais sehingga rosak.

“Kerja-kerja rumah pun jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar tiga ke empat hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang tak perlu cerita.

“Ayam, ikan, daging yang saya beli, selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan.

“Anak-anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik kerja, anak-anak dah mula berkepit. Nak duduk kat riba, minta dukung, minta mandikan.

Lelaki itu akui buntu dengan sikap malas isterinya yang hanya tahu goyang kaki tanpa menghiraukan keluarga. (gambar Hiasan)

“Tidur malam, isteri dengan anak bongsu (baby empat bulan), lagi dua anak tidur bilik asing dengan saya,” luah lelaki itu lagi.

Lebih teruk, adik iparnya turut datang dan membuat perkara tidak berfaedah dengan isterinya sehingga segala urusan dalam rumah mereka terbiar.

“Setiap hari, kerja dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100 lebih.

“Akhirnya habis dalam masa satu hari dia buat jamuan time bergosip. Kadang-kadang rasa dah penat nak tegur isteri. Tapi masih kuat untuk sabar insyaAllah.

“Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi lagak dia nak duduk goyang kaki tu, hmmm,” kata lelaki itu lagi.

Ada kalanya barang dapur yang dibeli rosak terbiar di dalam peti. (Gambar Hiasan)

Bagaikan sudah buntu, dia memohon pengikut Facebook Kelab Rumah Tangga agar memberi idea kepadanya untuk menyelesaikan hal itu.

Selain menerima lebih 7,700 tanda suka (lik3s), posting itu turut dihujani hampir 3,000 komen netizen.

“Malas memang tiada ubatnya. Tak perlulah kata bini penat jaga anak sampai tak sempat nak buat kerja langsung. Berjuta wanita lain yang bekerja pun masih sempat uruskan rumah tangga.

“Awak kena tegas. Kalau asyik melayan pemalas bini awak, sampai bila-bila pun dia tak akan berubah.

“Jarang suami nak luah perasaan begini. Nampak sangat penyabar orangnya.

“Dari penceritaan awak, awak ni seorang suami yang penyabar dan baik. Mungkin sebab sikap awak yang terus bersabar ni yang buat dia naik lemak,” tulis beberapa netizen.

Betul Ke Ni, Tiba Tiba Dato Aliff Syukri Cakap Nak Tlnggalkan Malaysia. Dia Beritahu Sebab Nak Pergi

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/