Pengasas Tabung Haji, Prof Ungku Aziz pulang ke rahmatullah

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid men1ngg4l dunia akibat s4kit tua di h0sp1tal Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang ini, lapor Astro Awani.

Menurut isterinya, r0hayah Ahmad Bahiran, jen4zah Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

allahy4rh4m merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Pada 21 Julai 2002 beliau dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

allahy4rh4m merupakan bapa kepada bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Wowberita