“Ingin Pindah, Dah Give Up Duduk Di Malaysia..”- Alif Syukri Nak Jual Rumah Bernilai RM45 Juta & RM6 Juta

Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi mengenai kisah hidupnya di media sosial.

Walaupun sering dikec4m dan sebagainya, namun beliau kelihatan seperti tiada apa-apa je yang berlaku seperti sudah biasa dengan tohmahan dan kec4man netizen.

Ingin men1ngg4lkan Malaysia

Tapi sekarang lain pula yang terjadi, apabila baru-baru ini dia ada menyatakan untuk melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu mahu men1ngg4lkan Malaysia dan menetap di Australia.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sendiri dari mulut beliau semasa temubual bersama Utusan Online.

Malah jika dilihat di Instagram miliknya, beliau pun ada juga memuat naik video ‘lawatan rumah’ untuk mempromosikan salah sebuah rumahnya yang terletak di pusat beli belah terkenal, Pavillion.

Rumah ini saya nak jual dengan harga yang berpatutan. hanya RM6 juta sahaja siap dengan perabot.

Siapa cepat dia dapat. Memang murah sangat dan cantik. Yang penting berada di tingkat yang tinggi dan boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia juga membuka rumah tersebut untuk sewaan dengan kadar RM18,000 sahaja.

Malah dia turut mendakwa ingin menjual rumah besarnya ini dengan nilai RM45 Juta. Boleh lihat video di bawah :

Dah give up duduk di Malaysia

Menurut Aliff , dia mahu berpindah ke Australia kerana sudah berputus asa dengan situasi yang dihadapinya di Malaysia.

Saya rasa macam dah give up duduk di Malaysia… 

Bila kes Wany ni saya berfikir, ya allah aku ni buat apa dengan orang. Contohlah. Saya tak bersalah, tak tahu kes apa-apa dengan anak angkat saya. Oh sayalah kena.

Saya ni seolah-olah macam penjen4yah.

Tambahnya, tujuan untuk menjual rumahnya adalah kerana ia satu beban buatnya sebelum boleh  berpindah ke luar negara.

Kalau ada orang yang nak membeli rumah ni, kalau ada yang mampu, saya akan berpindah.

Ingin cari ketenangan di Australia

Dalam masa yang sama, dia juga turut menyatakan bahawa mahu mencari ketenangan di Australia dan memulakan hidup baru di sana, di samping menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat suatu hari nanti.

Saya nak m4tikan Instagram dan biar manager jaga dan nak mulakan hidup baru. Saya pun dah tua takkan saya nak tergedik-gedik cari kontroversi murahan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Bawang rangers