Bermula hari ini, pihak p0lis akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi. Ketua p0lis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia akan dimulakan dalam pengawai dan anggotanya diikuti dengan orang awam.
Kata Datuk Ayob lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota p0lis serta agensi penguatkuasa lain.
“Kita akan mulakan di Ibu Pejabat p0lis Kontijen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota p0lis yang tidak ikut peraturan.
“Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.
“Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat rempit serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini,” katanya.
Menurutnya, p0lis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy sehingga 31 Disember ini.
Ujarnya, ia termasuk mengubah plet kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya. Tindakan tersebut menyebabkan nombor plat sukar dibaca dan mengelirukan.
“Kesannya, apabila penguatkuasa laju, kes l4ngg4r lari dan pembabitan dalam kes jen4yah yang memerlvk4n pengecaman plet kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
SUMBER: BH Online