Pengurus Syed Iqmal pertimbang buang gelaran Da’i – “Sebelum ini ramai tak tahu, sekarang makcik kantin pun kenal”

KONTRVERSI membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sedikit sebanyak membantu menaikkan nama pendakwah selebriti itu sehingga dia menjadi lebih terkenal.

Perkara itu diakui oleh pengurusnya iaitu Mohd Aizat Jaafar yang berkata masyarakat kini lebih mengenali pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti keagamaan itu.

“Kalau tanya adakah kontrversi ini membantu menaikkan namanya dan lagu terbaharu… saya akui ya, sebab sebelum ini ramai yang tak kenal tapi selepas isu ini (kes mahk4mah) makcik kantin di sini (mahk4mah) pun dah kenal.

“Mungkin ada hikmah apa yang terjadi… selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh gunakan kapasiti itu untuk berdakwah dan menyampaikan yang baik-baik.

“Buat masa ini untuk kerjaya nyanyian dia kita tengok dulu keadaan emsinya. Pihak pengurusan memang ada rancangan untuk dia tapi bagi dia betul-betul stabil dan kembali bersemangat terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Aizat ditemui selepas selesai proses jaminan Syed Shah Iqmal di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Syed Iqmal bersama pengurusnya Mohd Aizat Jaafar (kiri) dan peguam, Syed Amirul Syed Edros (kanan).

Turut hadir peguam mewakili Syed Shah Iqmal iaitu Syed Amirul Syed Edros.

Sebelum itu, Syed Shah Iqmal atau lebih mesra disapa Da’i Syed dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di m4hkamah Shah Alam.

Pada 21 November lalu, Syed melancarkan lagu baharu berjudul Ya Agmal Eyoun (Wahai Mata Cantik) di laman YouTube dan hingga kini menerima hampir 1.4 juta tontonan.

Ditanya mengenai penggunaan gelaran Da’i pada nama Syed Shah Iqmal, Aizat memberitahu dia akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai penjenamaan semula nama pendakwah berusia 25 tahun itu.

Dalam masa sama, Aizat turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan dan komen yang baik kepada Syed Shah Iqmal sepanjang 19 hari menjalani tah4nan rem4n termasuk di Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang.

 

Tentang nama, InsyaAllah kita akan bincang selepas ini untuk rebranding!

SYED IQMAL

PENDAKWAH SELEBRITI

“Tentang nama, InsyaAllah kita akan bincang selepas ini untuk rebranding. Kita akan lakukan dengan pihak pengurusan termasuklah mengenai hal promosi lagu dan sebagainya.

“Sekarang ini kita hanya ikut prosedur yang ada, setakat ini Alhamdulillah sokongan peminat dan maklum balas netizen lebih baik berbanding sebelum ini.

“Ramai yang mendoakan dan beri kata-kata semangat… mereka nak tengok Syed buat live di Instagram dan kembali menghiburkan mereka,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, Syed Shah Iqmal sepatutnya dilepaskan dengan ikat jamin bagaimanapun pihaknya gagal membayar jumlah yang ditetapkan sebelum kaunter bayaran di mahk4mah ditutup pada pukul 5 petang.

Sehubungan itu dia terpaksa dihantar ke Pusat Tah4nan Rem4n Sementara Beranang, Sel

Syed Iqmal seb4k dan memeluk ibunya selepas proses ikat jamin.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada Khamis lalu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jen4yah s3ksu4l masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Bagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal mohon dibicarakan berhubung dakwaan melakukan sekks luar aturan tab#i mengikut Sksyen 377B Kanun Kesksaan dan perbuatan cbul mengikut Sksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua dakwaan itu.

Sementara di Shah Alam pula, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mergol seorang peng4nggur wanita berusia 23 tahun dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Sekksyen 376 (1) Kanun Kesekksaan berdepan hvkvman penj4ra sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : mStar