Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati.
Seorang wanita yang memenangi pertandingan ratu cantik Pengawal Kebangsaan Rusia mendakwa dia sudah dibu4ng kerja daripada unit khas tentera Presiden Vladimir Putin.
Anna Khramtsova, 32, dipecat daripada pasukan tentera dalaman Kremlin selepas dikatakan menyiarkan video yang menunjukkan keadaan di tempat kerjanya.
East2West News melaporkan wanita itu mendakwa video berkenaan memaparkan operasi pembasmian kuman di sebuah bangunan pentadbiran kerajaan.
Namun, dia percaya bahawa rakaman dan gambar s3ks1nya ketika menyertai aktiviti kecergasan menjadi alasan sebenar menyebabkan dia dibu4ng kerja.
Katanya, rakaman itu mungkin menyebabkan ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan cembvru.
“Saya dipecat kerana (keduduk4n) saya melebihi seseorang,” katanya yang sebelum ini mendakwa menjadi m4ngs4 diskriminasi jantina di dalam unit itu.
Wanita itu mendakwa alasan dia dipecat adalah terlalu remeh kerana dikatakan merakam video bangunan pentadbiran semasa operasi pembasmian kuman.
Khramtsova yang mahir menggunakan senjata api turut memberi bayangan akan merayu ke atas keputusan berkenaan.
“Dalam waktu dekat saya akan memutuskan apa yang harus dilakukan selanjutnya. Tetapi saya tidak akan membiarkannya seperti ini,” katanya seperti dilaporkan The New York Post.
Khramtsova yang juga ibu kepada seorang anak, menewaskan lebih 1,000 peserta untuk muncul sebagai pemenang pertandingan ratu cantik itu, pada tahun lalu.
Dia sebelum ini berkhidmat dengan pasukan tentera dalaman Kremlin, yang operasinya dilaporkan secara terus kepada Putin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Harian Metro