Apa Yang Emma Maembong Buat Sehingga Ada Netizen Luah Rasa Bimbang

Selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada 8 November lalu, perkongsian terbaru Emma Maembong menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto di kedai makan bersama seorang rakan baiknya.

Foto tersebut sekaligus mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat dan netizen yang bimbang apabila melihat pelakon itu sudah keluar berjalan sedangkan masih lagi dalam tempoh berpantang.

Diruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang dan menegur tindakan Emma yang boleh memudaratkan k3sihatan.

Menurut pengiraan netizen, tempoh berpantang pelakon berusia 28 tahun itu belum mencecah hari ke-44. Hal ini menjadi tanda tanya ramai adakah dia tidak berpantang dengan cara yang betul?

Bimbang dengan keadaan Emma, posting itu dibanjiri komen netizen yang mengambil berat mengenai dirinya. Ada juga yang berfikiran positif mengharapkan gambar itu hanya sekadar ‘throwback’.

Apa pun diharap Emma selamat menjalani proses berpantang dan menjaga k3sihatan dengan baik. Netizen pun hanya memberi teguran kerana mereka mengambil berat.

Emma telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Emma dan keluarganya ya!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/