BELUM sampai setahun penguatkuasaan undang-undang yang melarang warga asing daripada bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL), nampaknya ada dakwaan yang memberitahu golongan tersebut sudah kembali.
Malah, tinjauan Suara Merdeka sekitar pukul 1 pagi tadi juga mendapati terdapat beberapa warga asing yang tidak memakai baju PBKL bekerja di pasar borong tersebut.
Kehadiran warga asing ini seawal pukul 12 tengah malam sebelum menjadi semakin ramai kira-kira pukul 1 pagi.
Suara Merdeka sempat bertemu dengan seorang pekerja PBKL yang menyatakan kekec3waan terhadap kelemahan penguatkuasaan untuk menghalang kemasukan warga asing ini.
Menurut Muhammad Fazlee Muhd Khairul Anuar, 29, pekerja warga asing ini melakukan kerja yang sama sepertinya tetapi dengan kadar upah yang jauh lebih murah.
“Bila dah kac4u perkhidmatan kami, kami tidak ada gaji asas. Gaji kami adalah melalui pembeli dan pemborong yang membeli ikan di sini jadi itu merupakan hasil kami.
“Mereka meminta upah serendah RM3 hingga RM5 berbanding RM10 yang ditetapkan kami bagi perkhidmatan menolak barangan pemborong.
“Kalau mereka mengg4nggu kami, macam mana kami nak cari makan?” katanya yang bekerja di PBKL selepas dibu4ng kerja akibat pandemik c0v1d-19.
Muhammad Fazlee turut mendakwa terdapat beberapa isu seperti ‘duit kopi’ yang menyebabkan warga asing ini dapat kembali bekerja di pasar tersebut.
Disebabkan itu juga, dia berharap supaya pihak berkuasa lebih tegas terutamanya bagi mereka yang menjaga pintu keluar masuk ke pasar borong.
Sementara itu, seorang lagi pekerja PBKL, Muhammad Alif Farizal Zulkepli, 20, turut mengakui yang warga asing sudah kembali bekerja di pasar itu.
Jelasnya, kebiasaannya dalam pukul 1 pagi baru pekerja asing muncul dan kebanyakannya bekerja di bahagian pasar ikan.
“Warga Indonesia yang paling ramai. Tetapi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ada buat rondaan dan tangkapan jika terserempak.
“Tetapi itulah, biasanya ada orang di dalam pasar yang akan beritahu dan kesemua warga asing ini akan melarikan diri terlebih dahulu,” jelasnya. -SM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.hmtnws.pw