“Mandikan, cuci punggvng masa di hosp1tal, tak pernah mengeluh” – Perkongsian Muss buat peminat seb4k

CINTA sejati. Seseorang yang menghargai cinta mesti memahami cinta sejati.

Untuk mencari cinta sejati tentunya tidak mudah dan kadang-kadang hanya sebilangan kecil orang yang dapat merasainya.

Itulah yang boleh digambarkan kepada pasangan penyanyi rock terkenal Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 52, dan isterinya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, naib juara Gegar Vaganza 7 (GV7) itu tersentuh dengan pengorb4nan isterinya, Suraya yang setia di sampingnya ketika susah senang.

Menceritakan kisahnya di h0sp1tal dua tahun lalu akibat k0oma selepas mengalami dem4m panas, Suraya Bahari sentiasa di sisinya.

“Inilah tulang belakang saya… 23 tahun kami kahwin sampai sekarang. Bila waktu susah dia tak pernah mengeluh.

“Dua tahun lepas saya terlantar di h0sp1tal selama 35 hari dia sentiasa di sisi… mandikan saya cuci punggvng saya masa di h0sp1tal dulu, tak pernah dia mengeluh.

“Selepas s4kit dulu saya ada masalah memori susah nak ingat… saya akan bertanya perkara yang sama berulang kali dan isteri saya akan menjawab berulang kali juga dengan penuh sabar.

“Dia juga yang menguruskan karier saya, dia memang akan sentiasa di sisi saya. Thank you my love,” tulisnya.

Coretan hati Muss itu amat menyentuh perasaan peminatnya yang merasa terharu dengan pengorb4nan isteri di sampingnya selama lebih dua dekad dan rata-rata mendoakan yang terbaik kepada pasangan itu.

abby_ra1818 – Moga kekal bahagia selamanya… wajah seri yang memukau pesona kau di pandang.

muhammad_alfateh_86 – Aminn semoga abang bahagia ke akhir hayat. Tiada siapa yang susah senang bersama kita selain ibu bapa kita, isteri kita la orangnya tu.

naharazmi69 – Semoga Muss kekal bahagia hingga ke syurga… tahniah buat isteri Muss yang setia ketika susah senang tetap bersama.

syariena_sya – Alhamdulillah.. hopefully both of u happy always, bahagia till jannah dan dimurahkan rezeki.

nedzainal – Alhamdulilah. Semoga memperoleh sakinah mawaddah warahmah dalam rumahtangga.

Terdahulu, Muss diumum naib juara dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-7 sekali gus menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar