Anak Tiri Tokti Komen Gambar TMJ, Ini Respond Panjang Dan ‘Deep’ Untuk Asyraf Khalid

NAMA Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau juga lebih dikenali dengan gelaran TMJ (Tunku Mahkota Johor) adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di Malaysia.

TMJ juga dilihat sangat aktif di platform laman sosial yang mana beliau sering berkongsi aktiviti harian kepada pengikutnya di Instagram, Facebook dan juga Twitter.

Putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah itu juga dilihat gemar berkongsi kehidupan mewahnya di Instagram yang pastinya mampu memberikan inspirasi siapa sahaja yang melihatnya.

Setiap foto dan video yang dimuatnaik seperti kereta mewah, pesawat peribadi sehinggalah jam tangan berjenama, gaya hidup TMJ cukup mengagumkan malahan menjadi impian setiap orang.

Salah seorang pengikut setia TMJ adalah anak tiri kepada penyayi popular tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Asyraf Khalid merupakan seorang usahawan yang menjadikan TMJ sebagai satu ‘role model’ yang cukup memberikan inspirasi buatnya.

KOMEN ASYRAF KHALID

Kehidupan mewah TMJ sangat diimpikan Asyraf dan dia juga bercita-cita untuk menjadi kaya dan berjaya seperti TMJ seperti apa yang boleh dilihat apabila dia men1ngg4lkan komen tersebut di Instagram TMJ baru-baru ini.

“Stye! Anda adalah inspirasi bagi saya. Suatu hari nanti, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, InsyaAllah” komen Asyraf kepada TMJ.

Komen Asyraf tidak terhenti di situ kerana ia berjaya menarik minat TMJ untuk terus membalas dan turut memberi nasihat yang membuatkan pengikutnya juga tertarik dengan sifat rendah diri yang dipertontonkan TMJ.

RESPOND BALAS TMJ

“@asyrafkhalid, terima kasih. Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Apabila saya telah tiada di muka bumi ini, tiada satu pun boleh saya bawa ke kubur apabila tiba masanya.

“Saya melihat kekayaan yang saya miliki adalah sebagai ujian dari Allah untuk hambanya. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan menolong orang m1sk1n, yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan kebaikan.

“Hakikatnya, wang adalah sekadar sehelai kertas. Jiwa yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia. Salam.” balas TMJ ringkas tetapi sangat padat dengan nasihat yang sangat berguna.

Maka tidak hairanlah sikap rendah diri yang ada pada diri TMJ membuatkan baginda sangat disenangi rakyat dan jutaan pengikutnya di laman sosial turut menghorm4ti sifat kepimpinannya yang bersifat raja berjiwa rakyat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian via AppleHijau